me & family

me & family
Lilypie Pregnancy tickers

Followers

Friday, March 14, 2008

Comelnya dier!

Lagi mengenali Mytwinshero!


Haiqal dan Haqimie, seperti yang dijangka memang banyak perbezaan tetapi ada masanya tidak ketara, Mungkin sifat yang sama tetapi tdak ditunjukkan diwaktu yang sama.

Sifat-Sifat yang ketara berbeza;

Haqimie (Adik) lebih suka guna pacifier, Semangat tinggi bila dia nak buat sesuatu susah nak ditegah, kuat memberontak, keras hati, biar jatuh, terhantuk ke dia boleh buat dono jer, kadang2 terfikir pula kiter, dia tu x padan dengan size badanya yang kecil tapi cergas. Sekarang dah mula berdiri, ternyata kaki dia agak kuat juga ler mengalahkan abg dia.
Haiqal (Abang) lebih suka hisap jari. Dah Tak nak susu badan.mungkin Badan yang agak berat membuatkan pergerakannya malas sedikit, Manja sangat, suka nak dipujuk, nak melekat jer kat ibu dia, tak boleh digertak, bila abah dia naik suara jer dah mula ler dia nangis.

Setiap hari mesti seorang meragam, mungkin nak minta perhatian lebih agaknya.

Sekarang ni mereka dah mula lasak , merangkak dan keliling satu rumah, dah mula nak berdiri , suka sangat capai benda2 yang boleh buat pautan, tak kira lah meja, kusyen, almari ke, yang penting boleh berdiri. Cuma duduk tak kuat lagi, masih kena ada sokongan.
Telatah mereka sentiasa membuatkan kiter tersenyum setiap hari. Untuk mengelakkan keletihan apa yang boleh dibuat adalah melayan kerenah mereka sepenuh hati dengan penuh kasih sayang. Almaklumlah kat rumah ni memang x der backup helper. Harap Aiman jer la, itu pun kadang2 dia yang selalu buat hal.
Cadang bulan depan nak belikan walker, masih nak hitung2 nak kena beli dua ke satu, rumah bukannya besar, nanti berlaga sesama dia pula, nak beli satu macam tak kena jer.. tak beli pula lagi tak kena...tengoklah keadaan nanti mana yang lebih selesa.

Thursday, March 13, 2008

Work From Home Careers

Work from home careers come in many forms. Some work from home careers involve devising your own business model. Others involve selling goods or services for a larger corporation from the comfort of your home. Yet other work from home careers involve receiving a college education and then setting up your office in your home. In each case, the rewards can be outstanding.

Work from home careers can take on an entrepreneurial aspect.
There are a number of entrepreneurial work from home careers you can choose to pursue. Such work from home careers involve working strictly for yourself; with no boss or anyone else looking over your shoulder. Of course what that does is place the responsibility for success or failure of your work from home career directly on your shoulders. You are responsible for customer relations, scheduling, finances, taxes and all other aspects of the enterprise. If you donĂ¢€™t mind taking such responsibility then by all means take a stab at such a business. On the other hand, if you donĂ¢€™t want that type of pressure, you might consider working from home for another entity.
Work from home careers can involve working for others.

Some work from home careers involve working for others. Such employment opportunities still involve having a boss and working for a larger entity which will monitor your work. One advantage to this type of work from home career is that it removes the pressure from you when it comes to the success or failure of the business. For some people this can be can be particularly important as they are uncomfortable with running their own business. For others, this can be a downside. As such, it is important to understand your own personality when selecting from the many different types of work at home careers available to you.

Many freelance writers, graphic artists, and computer programmers work for larger corporations at home. Such work at home careers generally entail receiving assignments directly from the larger company. In this way, the writer or computer expert does not need to worry about marketing his or her services or even collecting from a number of clients. Instead, these responsibilities lie on the larger corporation, giving the writer or computer expert more time to focus on his or her craft rather than being preoccupied with the business aspect of the work at home career.

Some work from home careers require special training
A third type of work from home careers are those requiring special schooling. Often, those who pursue an education in fields such as accounting or home decorating decide to start their own work from home businesses rather than work for a larger corporation or entity. A few of these types of businesses would be working from home as a: CPA, Insurance Agent, plumber, electrician, handyman/carpenter, music lesson provider, dance instructor, or voice coach.

by: Lucy Rodgers


Merotan Menurut Dr Fadzilah Kamsah (Tips)

MHI 7 Februati 2005.-

Dalam Islam, sebarang kesalahan yang dilakukan oleh anak2 perlu dihukum dengan tujuan untuk Mendidik.- Salah satu kesilapan yang dilakukan oleh ibu bapa ialah tidak menggantung rotan di tempat yang senang dilihat oleh anak2.- Ini bertujuan untuk mengingatkan atau sebagai amaran.-Anak2 disuruh sembahyang pada usia 7 tahun dan dirotan jika tidak sembahyang pada usia 10 tahun, jadi kita ada tempoh 3 tahun untuk beritahu, mendidik, memberi amaran kepada anak2 sebelum di hukum.-Contohnya jika anak2 suka mencarut, kita beri amaran akan diberi makan cili contohnya. Kita mesti terangkan kesilapan dan risikonya berperangai sedemikian. Jika kelakuan itu berterusan barulah dirotan, dicili dan sebagainya dgn tujuan untuk mendidik.

-Bila kita boleh terus merotan anak tanpa amaran? Contoh jika anak baling pisau pada abang/adik ie. keadaan yang membahayakan.-Etika merotan - perlu ada saksi. Jika ayah rotan, emak jadi saksi begitu juga bila guru rotan di sekolah, perlu ada saksi.-Cara merotan yang betul - di tapak kaki. Merotan di situ menyakitkan tetapi tidak membahayakan. Tapak kaki ada point reflexology yang sensitive tetapi tidak mendatangkan kesan sampingan.-Kaunseling penting SEBELUM dan SELEPAS merotan.-Bila bapa merotan anak, emak kena bagi kaunseling. Selalunya anak2 susah menerima kaunseling dari orang yang menghukum. Di sekolah, guru disiplin merotan, kaunselor beri kaunseling.-Anak2 yang tidak pernah dihukum tidak akan mempunyai kekuatan psikologi untuk menghadapi dunia sebenar yang penuh dgn pancaroba dan dugaan.

-Masalah ibu bapa yang sibuk bekerja - mengambil pendekatan untuk tidak menghukum anak untuk mengimbangi masa yang tidak diluangkan dgn anak2. Anak2 tidak dirotan kerana rasa bersalah terhadap anak2.-Anak2 begini tidak berkesan jika dirotan oleh guru sebab impak lebih besar jika dirotan oleh ibu dan bapa sendiri.-Selepas merotan perlu nasihat dengan baik dan sama2 bincang/cari jalan penyelesaian untuk masalah. Terangkan apa yang perlu dibuat.- Sebarang hukuman perlu diberi serta merta sebab anak2 tidak nampak kesalahannya jika hukuman ditangguh. Contohnya ibu berkata "Nanti ayah balik kerja biar ayah hukum kamu". Cara yang begitu tidak betul lagipun menampakkan seolah emak jadikan bapa crook. :)-Ibu bapa mesti sepakat dalam hukuman, tidak boleh bertelagah di depan anak2.

KEHAMILAN KEMBAR

Sebahagian kecil wanita memang bernasib baik kerana mereka bukan sahaja boleh mengandung, tetapi kandungan itu kembar pula.
Kehamilan kembar berlaku sekali dalam setiap lapan puluh kehamilan. Kejadian ini biasanya berlaku secara spontan dan tidak siapa boleh mengawal kejadian ini. Tegasnya seesorang tidak boleh membuat apa-apa untuk menentukan kehamilannya kembar walaupun dia benar-benar inginkannya. Kelahiran kembar seringkali berlaku berulang kali dalam sesuatu keluarga. Dalam hal-hal lain, ia ada kaitan dengan keturunan bagi menentukan kejadian kehamilan kembar ini.

Mengapa Kehamilan Kembar Berlaku?

Dewasa ini dengan penggunaan ubat penyubur, kejadian kehamilan kembar dan berganda (multiple pregnancy) meningkat sedikit. Misalnya dengan menggunakan ubat penyubur clomiphene iaitu sejenis pil yang diberi kepada wanita yang kurang subur, kadar kejadian kehamilan kembar di kalangan mereka ialah lebih kurang empat hingga lima peratus. Dengan penggunaan ubat suntikan yang lebih kuat lagi iaitu hormon yang digelar gonadotrophin kejadian kehamilan kembar meningkat berganda lebih tinggi mungkin dalam lingkungan 20 hingga 30 peratus. Ubat pil penyubur clomiphene dan suntikan gonadtrophin ini kerap digunakan oleh doktor pakar di klinik pakar mandul dan klinik pakar ginaekologi.

Jenis Kembar

Kejadian kehamilan kembar dan berganda bergantung kepada bilangan benih yang dikeluarkan oleh pihak wanita. Pada kebiasaannya seseorang wanita hanya mengeluarkan satu benih sahaja dalam satu pusingan haid. Benih ini dikeluarkan pada pertengahan pusingan haid. Setelah persenyawaan berlaku menerusi percantuman antara benih lelaki dengan benih perempuan, embryo terbentuk. Jika dua benih perempuan yang dikeluarkan serentak, maka kedua-dua benih perempuan yang disenyawa menghasilkan dua embryo berlainan.

Pasangan kembar yang dihasilkan daripada satu telur, yang kemudiannya pecah untuk menghasilkan dua jasad akan menjadi pasangan kembar satu uri. Kembar yang dihasilkan begini biasanya mempunyai jantina yang sama, sama ada keduanya lelaki atau perempuan, rupa paras yang sama dan juga sifat dan perwatakan yang hampir-hampir sama. Manakala pasangan kembar yang dihasilkan dari dua telur atau non-identical twin biasanya mempunyai jantina yang berbeza iaitu seorang lelaki dan seorang perempuan dan rupa paras, perwatakan dan sifat mereka tidak sama. Dalam kembar yang sama biasanya satu uri sahaja yang dihasilkan dan uri ini digunakan bersama oleh kedua-dua bayi ketika dalam kandungan. Manakala dalam pasangan kembar yang tidak sama uri biasanya ada dua, satu bagi setiap bayi.

Identical twin dari satu embryo kebanyakan menjadi dua insan (lengkap) sama rupa,, jantina, dan lain-lain.
Kembar siam juga dari identical twins tetapi menghadapi masalah pembandingan anggota kepada dua daripada satu embryo. Dengan ini kedua jasad tidak berpisah seluruhnya tetapi sebahagian daripada anggota mereka ini akan berganding atau terbendung. Bahagian anggota yang mungkin terbendung ini berbeza antara satu pasangan kembar siam dengan yang lainnya. Ada yang berbendung di bahagian dadanya dengan berkongsi satu jantung, ada pula yang berbendung di bahagian abdomen iaitu berkongsi satu tali perut sahaja.

Pembedahan untuk memisahkan kembar siam, biasanya hanya dilakukan pada kes yang berganding pada bahagian yang kurang penting seperti bahu atau punggung. Gandingan anggota penting seperti jantung, tali usus atau otak tidak boleh dibedah. Pernah juga tercatat dalam sejarah kembar siam ini terus hidup hingga ke akhir hayat. Mereka berbendung di bahagian tubuh. Kedua kembar ini mempunyai perwatakan yang amat berlainan dan setiap seorang mempunyai isteri dan keluarga sendiri. Mereka bergilir-gilir menjalankan tugas masing-masing. Akhirnya apabila seorang mati, kembar yang kedua juga mati.

Melahirkan anak kembar adalah satu peristiwa yang sangat menggembirakan setiap ibu bapa. Kejadian ini boleh dianggap satu rahmat Tuhan kerana dia dikurniakan dua atau tiga orang anak sekaligus dalam satu kehamilan saja. Walaupun demikian, pada keseluruhannya kehamilan dan kelahiran hanya menghasilkan satu bayi sahaja. Beberapa masalah memanglah tidak boleh dielakkan apabila si ibu perlu menampung dua jasad dalam kandungannya. Ini bermakna perutnya menjadi lebih berat dan beban fizikalnya juga bertambah untuk membawa isi kandungannya ke sana ke mari.

Keperluan Zat Makanan

Ibu tersebut perlu menampung dengan lebih banyak lagi bekalan makanan yang berzat kepada bayi yang dikandungnya khususnya zat besi untuk membina darah dan vitamin asid folik.

Tegasnya, ibu perlu menambah mutu makanannya bagi tujuan itu. Pil zat besi dan asid folik mesti dan wajib dimakan oleh setiap ibu yang sedang mengalami kehamilan kembar. Jika tidak, ibu akan mengalami kekurangan darah kerana zat besi dan zat asid folik dalam tubuhnya akan diambil oleh bayi dalam kandungan untuk membina darahnya sendiri. Masalah kekurangan darah jika dibiarkan akan membahayakan serta mengancam nyawa ibu ketika kelahiran bayi kembar ini berlaku. Kejadian tumpah darah selepas bersalin lebih kerap berlaku di kalangan kembar berbanding dengan kelahiran tunggal.

Keadaan ini disebabkan oleh otot rahim menjadi kendur kerana rahim menjadi terlalu kembang untuk memulakan dua jasad. Begitu juga dengan luka di tempat uri itu melekat pada rahim.

Tempat ini biasanya berdarah sejurus selepas bayi dilahirkan dan selepas uri itu dikeluarkan. Seperti yang saya tegaskan kejadian tumpah darah selepas bersalin adalah satu sebab utama kematian ibu di Malaysia.

Gejala Kehamilan Kembar
Ibu yang sedang hamil kembar juga mungkin mengalami beberapa gejala lain seperti tekanan darahnya naik atau hypertension. Biasanya, ini disertai dengan bengkak kaki dan ‘kencing kotor’ iaitu air kencing mengandungi protein. Rangkaian tiga tanda ini kerap berlaku ketika hamil, terutamanya kehamilan kembar. Penyakit ini biasanya digelar toxaemia dan ia boleh melarat menjadi sangat terus sehingga menyebabkan sawan atau eclamptic fits.
Sawan adalah satu keadaan yang amat mencemaskan kerana ia boleh meragut nyawa seseorang ibu. Oleh itu penting bagi semua ibu mendapat jagaan yang sewajarnya ketika hamil dengan melakukan pemeriksaan di klinik untuk menentukan tekanan darah, air kencing, timbang berat dan keadaan bayi yang dikandungnya. Ini bertujuan untuk menjauhkan segala gejala dan bencana yang mungkin menimpa ibu hamil, khususnya ibu yang sedang hamil kembar.


Kelahiran Prematur

Ibu yang hamil kembar juga sering diancam oleh masalah kelahiran tidak cukup bulan. Seringkali kelahiran berlaku di peringkat lapan bulan atau lebih awal daripada itu. Ini kerana rahim menjadi kembang dan amat besar dan ia tidak berupaya untuk mengembang lebih besar lagi pada peringkat itu. Oleh itu sesetengah doktor menasihatkan ibu supaya berehat di hospital sebaik sahaja kehamilan meningkat lapan bulan sehinggalah dia melahirkan anak. Dengan berehat di hospital, masalah sakit bersalin awal dan tekanan darah tinggi mungkin boleh dielakkan atau dikawal rapi. Sayangnya, ramai wanita sukar dinasihatkan supaya masuk hospital, khususnya mereka yang datang dari luar bandar. Demi kesihatan, keutamaan yang sewajarnya patutlah diberikan untuk menjauhkan malang yang tidak berbau.

Kelahiran Di Hospital

Setiap kelahiran kembar patutlah dilakukan di hospital yang terdapat berbagai-bagai kemudahan jika berlaku sebarang masalah dan kerumitan. Kedudukan bayi dalam rahim seringkali tidak normal, adakalanya songsang atau melintang. Kelahiran bayi yang sulung biasanya jarang menimbulkan masalah tetapi kelahiran yang kedua seringkali menimbulkan kerumitan. Jika tidak dikendalikan dengan betul mungkin tangan bayi yang kedua akan keluar dahulu. Ini tentulah menimbulkan masalah kerana dalam keadaan songsang atau melintang, bayi ini mungkin perlu dilahirkan dengan pembedahan sesarean. Sebaik-baiknya semua kelahiran kembar patutlah dikendalikan oleh doktor pakar yang terlatih dalam bidang ini.

Ancaman Kepada Bayi

Bayi kembar menempuhi lebih banyak rintangan dan ancaman pada peringkat awal kehidupan sehingga umur sebulan. Kadar kematian bayi kembar lebih tinggi berbanding dengan kelahiran bayi tunggal. Tidak cukup bulan dan tidak cukup timbang berat adalah di antara sebab utama kematian bayi. Kerumitan dan kesukaran ketika kelahiran juga merupakan satu sebab mengapa kadar kematian kembar lebih tinggi. Biasanya, dalam kelahiran kembar ini, bayi kedua adalah lebih terancam daripada bayi pertama.

Bagi kembar siam, penting disahkan kehamilan itu sebelum kelahiran berlaku kerana kembar siam tidak boleh dilahirkan melalui cara biasa. Ia perlu dilahirkan menerusi pembedahan. Pengesahan ini biasanya didapati dengan melakukan X-ray pada peringkat akhir kehamilan dan daripada gambar ini beberapa tanda boleh dikesan untuk mengesahkan kejadian kembar siam. Walaupun demikian, perkara ini tidak perlu dibimbangkan kerana ia sangat jarang berlaku.

Jagaan bayi kembar juga merupakan satu cabaran kepada ibu dan bapa. Menjaga seorang bayi kadangkala boleh menimbulkan kekecohan, bagaimana pula menjaga dua orang bayi yang amat kecil dalam satu masa. Walaupun demikian, bantuan dari ahli keluarga lain bolehlah didapati khususnya dari ibu sendiri atau ibu mertua yang telah banyak pengalaman.



Wednesday, March 12, 2008

Pengalaman Ketika Mengandung Kembar

Bagaimana agaknya saya boleh dapat anak kembar?

Selain dari rezeki yang Tuhan nak bagi sebenarnya sebelah husband saya dah ada history dapat twins ni, adik dia yang bongsu kembar seiras. Kata orang peluang tu sentiasa ada ler kalau dah ada history ni kan..

Kembar tak seiras Haiqal dan Haqimie ni pelik sikit, ni disebabkan taikh kejadiannya adalah berbeza dalam 2 miggu, (ringkasnya Haiqal dah jadi lebih 2 miggu baru adik dia).. dari segi sains nyer diorang ni tidak boleh dikatakan pasangan kembar tetapi pasangan adik beradik di dalam tahun yang sama, begitulah kata doktor pakar tu, almaklumlah kata doktor maksud kembar ni ada lah benih yang terhasil serentak pada waktu yang sama.;lebih kurang ler..

Dapat kenalpasti yang saya mengandung kembar bila first scan 3+months, tu pun rasa pelik sebab kali ni ngandung rasa sakit semacam jer, Mula2 scan tu dapat detect single jer, ntah tetiba kita nak ler doctor tu tolong tengok2 kan kenapa agaknya pregnent kali ni sakit ,rasa mcm rahim tu teturun jer, doktor kata rahim elok jer, bila check sekali lagi dia pula terkejut ," eh ...you got twins ler!" katanya dia pula yang happy, kiter pula terkedu..twins? biar betul? Perasaan? tak tau nak cakap ...gembira , terkejut, tak percaya...semua ada!
Doktor tu pun suruh panggilkan suami saya tengok scan tu sekali... kelakar juga dibuatnya.. Sejak hari itu setiap bulan saya kena datang hospital scan baby, gi klinik pula 2 minggu sekali, dah tu masa lima bulan detect kencing manis pula, dah kena buat BSP. kata doktor air tetuban banyak sangat.

Morning sickness ketika mengandung? Tak seteruk yang pertama...cuma kali ni makanan berat tak leh masuk langsung, terutama nasi dan mee, makan ler sayur ker, minum soya, makan biskut, tu jerla yang boleh. Tenaga memang kurang , minum susu Anmum dan makan ubat Salindah itu jerlah yang buat back up. 5 bulan dah x larat , 7 bulan nak berdiri pun kena ada orang pegang, tulang belakang tak yah cerita ler sakit memanjang. tidur mengiring kiri,kanan tak leh , terlentang tak leh semua pun menyakitkan. Anak pula songsang, perkara yang tak leh nak tahan bila dua2 bergerak kat dalam ..dah tu lasak pula tu..kadang2 nangis juga bila kaki diorang dah tendang ulu hati. Macam2 pengalaman, namun semua tu kena le tolak tepi..dah anak kan.

Kelahiran memang dah di jangka ceaser, dari bulan ke bulan doktor nak tentukan waktu sesuai utk ceaser , sebab tempat kat dalam dah penuh sangat , baby dah tak leh nak gerak, cuma size baby terlalu kecil, disebabkan kurang pengambilan makanan berat, saya menghadapi masalah berat badan di mana semakin usia kehamilan bertambah, berat pula semakin berkurang. Lastly genap 36 minggu kehamilan sewaktu datang check up kat hospital tetiba saja saya nak bersalin, rupanya Haiqal ketika itu berpusing tetapi kedudukan tak betul menyebabkan saya terpaksa dikejarkan ke bilik bedah so, hari tu jugala anak2 yang comel ini lahir kedunia...menyerikan lagi hidup kami sekeluarga..

Setiap orang mengalami pengalaman yang berbeza, saya harap dapat mendengar cerita2 itu daripada sesiapa sajer yang berpenglaman melaluinya agar boleh berkongsi kenangan bersama,

Friday, March 7, 2008

Mytwinshero

Jom berkenalan dengan Mytwinshero;







Yang ni Muhammad Norr Haiqal .
Tarikh lahir ; 30/07/2007 @1853pm
Berat Lahir; 2.2kg
Masalah kesihatan ketika lahir; jaundis
Sifat yang ketara ; manja , cemburu bila melihat adiknya di sayang. Dia nak apa yang adik dia ada.
Gambar ini diambil ketika Haiqal berumur 5months+ berat dah 6.3kg
Pergerakan ; dah pandai meniarap.




Ini pula Muhammad Norr Haqimie,
Tarikh lahir ; 30/07/2007 @1855pm
Berat Lahir; 1.55kg
Masalah kesihatan ketika lahir; Duk dalam incabutor , Kurang berat badan.
Sifat yang ketara ; Independent Sikit , Keras hati, suka beralah.
Gambar ini diambil ketika Haqimie berumur 5months+ berat dia 5.4kg
Pergerakan ; dah pandai meniarap. Biasanya kemahiran yang dipelajari agak lambat 2-3 days sometime a week dari abg dia.



Sehingga ke hari ni perbezaan berat badan sering menjadi ukuran diantara mereka berdua.


Alhamdulillah lah mereka ni jenis tak banyak kerenah, lagipun mereka dikategorikan sebagai kembar tak seiras. Biasanya kalau hari ni si abg buat perangai esok si adik pula. Bila si adik meragam si abang pandang jer...begitu juga sebaliknya.

PERMATA HATIKU


Dikurniakan 3 orang permata hati membuatkan hidup ini lebih BAHAGIA. {BAHAGIA dalam erti kata; kesimpulan bagi segala kepuasan melayan kerenah mereka, kegemberiaan melihat telatah mereka , juga termasuk ketensionan yang tak terhingga dgn perangai mereka hehehe..}

Muhammad Norr Aiman, permata hatiku yang pertama.Sekarang baru berusia 3+yr. Selain dari kenakalannya yang memeningkan kepala dia juga anak yang boleh diharap untuk menjaga adik2nya, sikembar. Setakat nak suruh buai atau angkat adiknya tu boleh la. Itupun ikut moodnya juga, kadang2 bila moodnya tak baik siaplah adik2 dia kena pukul , alasannya adiknya taknak tidur. kalau takpun bila disuruh angkat adik dia , dia angkat dan campak jer adik dia,tulah perangai dia kalau dah bengang ngan adik2nya.

Kadang2 kecian pun ada gak, sebelum kelahiran adiknya dia memang anak yang manja, tak boleh lekang dari ibunya, bila lahir jer adik dia, dah kena berpisah..., (semiggu dua ++),almaklumlah kiter dah kena duk hospital nak buat camana, dah tu biler jumpa jer dah bawa balik adik, DUA pulak tu. Ni la satu kenyataan yang terpaksa dia terima dan tak dapat nak dielak, terpaksa menjauhkan diri dari ibu dan adik2nya.Time tu kita kena bersalin ceaser , adik dia pula lahir kecil sangat, takut2 lah membahayakan keadaan. sehingga dia terpaksa ler survive sorang2, dahtu buat ni salah buat tu salah sume serba tak kena. Ni ler agaknya punca yang menyebabkan dia menjadi cukup nakal hingga mengharu birukan emak dia. Bab ni yang perlukan proffesional advise ni!

Selamat Datang, ke laman blog Mytwinshero

Terima kasih kerana sudi melawati blog ini. Blog Mytwinshero ini adalah sekadar untuk tatapan dan berkongsi kegembiraan bersama teman2 diluar sana. Alkisah yang dipaparkan dan dibincangkan hanyalah berkisar kepada kekeluargaan, pengalaman pahit manis sebagai ibu berkerjaya ataupun sepenuh masa,bincang2 mengenai cara menangani dan mendidik anak2, serta pelbagai lagi perkara yang berkaitan yang boleh dikongsi bersama. Untuk itu amatlah dialu2kan, sebarang comments pandangan dan apa jua yang anda rasakan perlu untuk kita share kan bersama hanya sebagai peringatan, pengalaman dan teladan.