me & family

me & family
Lilypie Pregnancy tickers

Followers

Saturday, May 17, 2008

Kaedah Fonetik Bantu Anak MembacaBahasa Inggeris dan Bahasa MalaysiaBersama Othman Ahamad Penulis Siri Cepat Membaca Bacalah Anakku dan ReadEasy

(Rencana dari ruangan Permata Hatiku, Majalah Mingguan Wanita, Ogos 2003)

"Siti baru sahaja berusia 5 tahun. Namun, dia bukan sahaja telah dapat membaca dengan lancar dalam bahasa Melayu bahkan sudah pandai menulis ayat-ayat pendek dengan baik. Suatu hari, ibunya membawa pulang siri cepat membaca bahasa Inggeris ReadEasy untuknya. Siti terus mengambil buku tersebut dan mula membelek-belek buku tersebut dan mencuba membacanya. Terkejut ibunya apabila melihat Siti dengan mudah membaca buku tersebut. Walaupun sebutan bunyi 'a' dalam bahasa Inggeris tidak tepat, tetapi setelah dibetulkan Siti dapat membaca ayat-ayat bahasa Inggeris dengan baik. Tersenyum ibunya kepuasan. Teringat dia kepada kawannya yang telah memperkenalkan kaedah fonetik Bacalah Anakku tiga bulan yang lalu..."

Memang begitulah hakikatnya bagi kanak-kanak yang telah diajar membaca menggunakan kaedah fonetik, iaitu membaca dengan menyebut dan menggabungkan bunyi-bunyi huruf, bukan sahaja dapat membaca dalam bahasa Malaysia tetapi juga dapat membaca dalam bahasa Inggeris.

Sebaliknya, kanak-kanak yang diajar membaca berdasarkan kaedah mengeja, terutamanya di sekolah-sekolah, atau berdasarkan kaedah suku kata , biasanya di tadika-tadika, mereka tidak dapat membaca dalam bahasa Inggeris langsung. Walaupun menggunakan huruf-huruf roman yang sama, mereka tidak dapat menggunakan kemahiran membaca dalam bahasa Malaysia untuk membaca dalam bahasa Inggeris hanya kerana kaedah mengeja atau suku kata tidak serasi langsung untuk bahasa Inggeris. Apa yang dapat dilihat di sekolah-sekolah, mereka terpaksa menghafal-hafal perkataan Inggeris dari segi ejaan dan sebutannya. Banyak manalah yang mampu dihafal oleh anak-anak kita apatah lagi untuk mengingat maksudnya pula?

Oleh itu ibu bapa yang bijak, seperti ibu Siti,telah memilih menggunakan Bacalah Anakku dan ReadEasy yang disusun menggunakan kaedah fonetik. Kata pepatah, bijak dahulu bijak sekarang. Hal ini demikian kerana melalui kaedah fonetik yang menekankan penguasaan bunyi-bunyi huruf, kanak-kanak dapat menguasai dua bahasa - iaitu bahasa Malaysia dan Inggeris.

Mengapakah begitu? Mudah sahaja. Terdapat 21 bunyi yang diwakili oleh huruf-huruf tertentu dalam bahasa pertuturan adalah sama dalam bahasa Inggeris dan bahasa Malaysia! Sebagai contoh, kanak-kanak yang membaca perkataan 'selipar' dalam bahasa Malaysia dengan mudah dapat membaca perkataan 'slip' dalam bahasa Inggeris kerana bunyi bagi huruf 's' 'l' 'i' dan 'p' adalah sama dalam kedua-dua bahasa. Jadi tidak hairanlah jika Siti terus dapat membaca buku cepat membaca bahasa Inggeris ReadEasy dengan senang. Ibu bapa hanya perlu memperkenalkan beberapa bunyi asas yang berbeza dalam kedua-dua bahasa seperti 'a' 'c' 'u' 'o' dan seumpamanya sahaja. Oleh sebab kaedah membaca perkataan berdasarkan sistem fonetik hanya memerlukan kanak-kanak menggabung-gabungkan bunyi-bunyi huruf pada perkataan yang dibacanya. Justeru itu, kanak-kanak yang dapat menggabung bunyi-bunyi huruf dalam perkataan bahasa Malaysia apabila membaca dengan mudah sahaja dapat membaca perkataan bahasa Inggeris dengan kaedah yang sama.

Dengan itu, ibu bapa haruslah mengambil peluang ini supaya anak-anak kita hanya perlu belajar satu kaedah sahaja untuk belajar membaca tetapi dapat membaca dua bahasa sekaligus, iaitu bahasa Malaysia dan Inggeris. Elakkanlah daripada menggunakan kaedah mengeja yang telah terbukti lambat dan mengelirukan atau kaedah suku kata yang membebankan memori anak-anak kerana kaedah ini tidak akan dapat membantu anak membaca dalam bahasa Inggeris.

Bagi kanak-kanak yang menggunakan bahasa Malaysia di rumah sebagai bahasa pertama, mengajar membaca dalam bahasa Malaysia mengikut kaedah fonetik haruslah didahulukan. Setelah mereka fasih membaca , ajarlah mereka membaca dalam bahasa Inggeris pula. Anda akan pasti terpegun dengan memampuan mereka. Bagi kanak-kanak yang berbahasa Inggeris di rumahnya sebagai bahasa pertama, mengajar membaca bahasa Inggeris terlebih dahulu berdasarkan kaedah fonetik mungkin lebih menyenangkan. Tetapi mereka akan membaca dalam bahasa Malaysia dengan mudah nanti.

Oleh itu janganlah dilepaskan peluang ini. Pada usia kanak-kanak 4-5 tahunlah masa yang sesuai untuk diberikan kemahiran membaca. Dapatkanlah Bacalah Anakku dan ReadEasy sebagai dua siri yang paling serasi untuk belajar membaca kedua-dua bahasa.

Erti Kebahagiaan Yang Haqiqi....

Article 1: Sekadar untuk renungan bersama.

BAHAGIA adalah suatu perkataan yang abstrak. Pengertiannya begitu luas dan relatif. Lantaran itu ramai manusia gagal mencari dan mengejar kebahagiaan. Mereka tidak mengerti apa itu bahagia dan di mana adanya bahagia. Keadaan ini menjadikan pentafsiran bahagia berbeza antara seorang dengan seorang yang lain. Semua orang mengejar kebahagiaan dan selalu bertanya bagaimana dapat menghabiskan waktu dengan penuh bahagia. Mengapa saya tidak bahagia? Namun, tidak seorang pun mencapai kebahagiaan.
Seorang fakir akan mengatakan bahawa bahagia itu terletak pada kekayaan. Orang sakit pula akan mengatakan bahagia akan dirasai apabila dia sihat. Orang yang terjerumus ke lembah dosa akan mengatakan berhenti daripada melakukan dosa itulah kebahagiaan. Manakala seorang penganjur kemerdekaan pula berpendapat bahawa kemerdekaan dan kecerdasan umat yang dipimpinnya itulah bahagia. Seorang penyair atau penulis sajak akan bahagia jika hasil karyanya menjadi hafalan orang. Seorang pengarang buku akan bahagia jika bukunya menjadi tatapan dan buah mulut orang. Zaid bin Tsabit, ahli syair Rasulullah saw mengatakan jika pagi dan petang seseorang itu berjaya membebaskan diri dan dapat hidup dalam keadaan aman dan sentosa daripada gangguan manusia maka ia boleh dianggap seorang yang bahagia.
Orang yang berpegang teguh kepada agama, kebahagiaan ialah meninggalkan perkara yang dilarang, mengikut yang disuruh, menjauhi yang jahat dan mendekati yang baik. Kebahagiaannya adalah mengerjakan suruhan agama semata-mata. Ibn Khaldun pula berpendapat bahagia itu ialah tunduk dan patuh mengikut garis ketentuan Allah dan berperikemanusiaan. Imam Al Ghazali berpendapat bahagia dan kelazatan sejati ialah apabila kita dapat mengingati Allah. Manakala kesempurnaan bahagia itu bergantung kepada tiga kekuatan, iaitu kekuatan marah, kekuatan syahwat dan kekuatan ilmu. Tetapi kekuatan itu perlu diawasi agar ia tidak terlalu lebih dan tidak tersangat kurang.
Aristotle berpendapat bahagia bukanlah suatu perolehan untuk semua manusia. Corak kebahagiaan yang diperoleh seseorang pula berbeza-beza dan pelbagai ragam mengikut corak dan ragam orang yang mencarinya. Kadangkala sesuatu yang dipandang bahagia oleh seseorang itu tidak begitu dipentingkan pihak lain. Mengikut pandangan Aristotle, bahagia ialah suatu kesenangan yang dicapai setiap orang mengikut kehendak masing-masing. Dari keadaan ini dapatlah dikatakan kemahuan manusia yang tidak sama itulah yang menyebabkan kebahagiaan juga tidak dapat disamakan. Sebab itu adalah satu perbuatan yang boleh dianggap keterlaluan sekiranya kita memaksa seseorang supaya berasa bahagia seperti yang kita rasa bahagia. Aristotle juga pernah berkata hidup bahagia itu ialah apabila seseorang dapat mempergunakan seluruh bakat dan kebolehan yang ada padanya. Apabila kita berjaya mengisikan masa kita dengan kerja yang wajar sama ada bercucuk tanam, mengarang, menyuap makanan kepada bayi dan sebagainya maka kita akan berasa bahagia selepas melaksanakan kerja itu.
Jadi kebahagiaan adalah hasil daripada adanya aktiviti atau usaha seperti disifatkan Aristotle bahawa kebahagiaan itu laksana kemerahan di wajah yang cukup sihat. Seandainya kita menumpukan seluruh perhatian kepada diri kita sahaja maka kita akan menjadi manusia yang mementingkan diri, fanatik dan selalunya berasa tidak puas hati terhadap hidup. Sebab itu lupakanlah diri kita dan isikan waktu dan aktiviti dengan persoalan orang ramai atau curahkan segala daya usaha kita dalam kerja atau kegiatan yang berbentuk kerjasama dengan rakan. Dengan perkataan lain, angkatkan diri kita daripada lembah nafsu syahwat dan soal titik bengik. Kemudian letakkan diri dengan kerja yang lebih mulia dan luhur. Ketika itulah kita dapat menoleh ke belakang dan mendapati diri kita bahagia.
Sementara itu amalan suka menangguh kerja hendaklah dielakkan. Setiap orang memerlukan masa releks yang banyak dalam mengharungi liku-liku hidup seharian. Mereka juga akan berasa senang apabila hidupnya tidak dikongkong. Mereka akan berasa bebas dan tidak tertekan sekiranya dapat melakukan kerja mengikut suka hati mereka sahaja. Sebab itu kita sering mendengar ungkapan tunggu dulu, biarkanlah dahulu, esoklah dan pelbagai lagi yang menggambarkan sikap kerja bertangguh dan tiada kesungguhan bekerja di kalangan masyarakat kita. Sesungguhnya amalan kerja bertangguh tidak harus ada dalam kotak fikiran orang beriman dan yang ingin maju serta mahu mencapai kebahagiaan baik di dunia lebih-lebih lagi di akhirat .
Kerja bertangguh menggambarkan si pelakunya pemalas dan tidak optimis. Bidalan Melayu banyak menggambarkan akibat yang menimpa seseorang yang suka menangguhkan kerjanya - tidak mementingkan masa. Di antaranya ialah: Kerja bertangguh tak menjadi, bertangguh itu mencuri masa, masa itu emas, masa itu lebih tajam daripada mata pedang dan lain-lain. Semua bidalan di atas jelas menggambarkan peri pentingnya masa. Allah juga benci kepada orang yang tidak mahu menggunakan masa dengan sebaik-baiknya. Dalam Surah Al Asr Allah berfirman bermaksud: 'Demi masa! Sesungguhnya manusia itu berada dalam kerugian kecuali orang-orang yang beriman dan beramal soleh dan berwasiat (nasihat menasihati) dengan kebenaran dan berwasiat dengan kesabaran'. Daripada firman di atas, kita disuruh melakukan amalan soleh dan nasihat menasihati mengenai kebenaran dan kesabaran. Tetapi sebahagian besar manusia masih lalai dan cuai. Hidup mereka masih bergelumang dengan noda dan dosa. Keadaan ini bukan saja akan merugikan hidup kita di dunia malah di akhirat kelak kita akan menerima azab siksa yang pedih.
Hal yang sama dinyatakan Rasulullah dalam hadis yang diriwayatkan oleh Imam Bukhari. Ibnu Omar berkata: Rasulullah telah memegang bahuku seraya bersabda: 'Anggaplah dirimu di dunia ini sebagai seorang perantau atau pengembara. Jika engkau berada di waktu petang, jangan tunggu sampai pagi. Jika anda di waktu pagi, jangan tunggu sampai petang. Gunalah peluang masa sihat sebelum datang sakit. Dan gunalah peluang masa hidup sebelum tiba mati.' Dalam hadis lain, Rasulullah bersabda: 'Rebutlah lima sebelum lima. Masa muda sebelum tiba masa tua. Masa sihat sebelum tiba masa sakit. Masa kaya sebelum tiba masa miskin. Masa lapang sebelum tiba masa sibuk dan masa hidup sebelum tiba masa mati.' Hadis di atas juga menyuruh kita menghargai masa dan menggunakan masa terluang yang keemasan itu sebaik-baiknya. Usahlah kita lalai dan cuai. Jangan tangguh kerja hari ini ke hari esok. Sesungguhnya amalan menangguh kerja ini adalah sikap merugikan. Jika perkara yang ditangguh itu perkara dunia, kita mungkin akan menyesal sekiranya apa yang dicita-citakan itu tidak tercapai. Sekiranya perkara yang ditangguh itu perkara akhirat maka ia sudah tidak berguna untuk disesalkan lagi kerana masanya telah luput apabila ajal sudah menunggu.
Sesungguhnya setiap yang hilang mungkin dijumpai kembali. Tetapi masa yang luput tidak dapat dikembalikan. Oleh itu, masa dapat dianggap perkara paling berharga berbanding segala apa yang dimiliki manusia. Menyedari hakikat ini, setiap orang yang waras fikirannya akan menjauhi amalan menangguh kerja dan menyambut kedatangan hari-harinya sebagai sambutan seorang yang amat rakus terhadap harta kesayangannya. Muslim sejati amat sayangkan masanya kerana ia adalah umurnya. Jika ia biarkan masa berlalu dengan sia-sia dan membiarkan adat kebiasaan buruk seperti amalan kerja bertangguh menguasai dirinya, maka perbuatan itu seolah-olah membunuh diri sendiri. Oleh itu gunakan masa terluang dengan sepenuhnya dan bertekunlah menjalankan kerja yang diamanahkan walaupun kerja itu sedikit. Sesungguhnya kita tidak suka melihat amalan itu dibuat sekali-sekali (putus-putus) walau pun amalan itu besar rupanya. Amalan kecil jika dilakukan dengan tekun, lama kelamaan akan menjadi berat dan besar.
Satu faktor menyebabkan manusia suka mengamalkan sikap menangguh kerja ialah kerana mereka merasakan peluang bagi mereka untuk terus hidup di dunia ini masih panjang. Keadaan ini terjadi terutama bagi mereka yang belum menjangkau usia setengah abad. Oleh kerana ingatan kepada dunia terlalu kuat, ia terlupa mengira hari yang masih tinggal. Mereka leka, lena dan lalai daripada mengingati hari mati. Sesungguhnya nyawa manusia adalah reput dan pada bila-bila masa kita akan diragut maut. Oleh itu persiapkan diri dan bersedialah setiap masa untuk menghadapi maut agar kita pulang ke rahmatullah dengan bekalan cukup dan sempurna.

Sunday, May 4, 2008

Perlukah Pengorbanan....


Masa begitu cepat berlalu, mytwins dah pun masuk 9 bulan+ dan semakin lasak. Dengan 3 orang baby boy kat rumah dah tentulah riuh di buatnya, biarpun letih, melihat gelagat mereka membuatkan hati amat bahagia. Kini masa agak terluang sedikit disebabkan kebanyakan masa anak2 bermain bersama mereka, saya hanya perlu memerhati sambil membuat kerja2 mencari material untuk blogging.


Sebenarnya, saya seperti ibu2 yang lain memang amat bersyukur kerana diberi peluang untuk melihat anak2 membesar di depan mata. Mungkin kini setelah mendapat 3 orang anak saya semakin SELESA untuk duduk dirumah melayan kerenah mereka setiap hari. Walaupun hakikatnya , dipermulaan agak kekok juga meninggalkan alam pekerjaan.

STRESS tu memang tak dapat dielak , itu pun pada mulanya, mungkin kebebasan untuk meluangkan masa dengan teman2 dah tak ada, apatah lagi untuk mencari teman2 baru. Kehidupan menghadap rutin2 harian dirumah setiap saat dan setiap masa memang agak berbeza feel nya berbanding dengan kehidupan berkerjaya. Mungkin agak sukar untuk diterangkan dengan kata2, tapi saya yakin mereka yang melaluinya akan berpendapat begitu.

Namun begitu, akhir2 ini, keadaan ekonomi seolah-olah memberikan hints , semua ini bakal tidak akan berkekalan. Setiap hari ternyata semakin banyak kos lepas yang terpaksa ditanggung. Bagaimana agaknya masa depan anak2 sekiranya semua ini berterusan . Mungkin kah saya perlu mula mencari kerja semula? atau masih ada pilihan lain? Biarlah masa dan keadaan yang menentukan. Kerana buat masa ini amat berat untuk mengetepikan anak2 demi kebebasan , tetapi jika itu bukan satu pilihan pengorbanan adalah penghujungnya.