me & family

me & family
Lilypie Pregnancy tickers

Followers

Friday, March 27, 2009

Telatah Haiqal Haqimie di usia 1 tahun 8 bulan

Haiqal dan Haqimie kini dah pun berusia 1thn 8 bulan. Sekarang ni masing-masing dah mula tunjuk perangai. Setiap hari mesti ada yang akan menunjukkan sifat dominan. Tidak mahu mengalah dan nak lebih dari pasangan kembarnya. Kata orang selalunya adik-beradik kembar ini akan sentiasa bersama, (tapi mungkin pernyataan ini untuk kembar seiras kot) coz yang nyata nya haiqal dan haqimie selalu sahaja bergaduh maklumlah tak seiras. Diwajah mereka sentiasa menunjukkan perasaan tidak puas hati antara satu sama lain.

Tabiat Haiqal & Haqimie bila marah/merajuk.

(Ni gambar tahun lepas masa ni Haiqal dan kuat berdiri dan berjalan)

Sebelum ini, haiqal lah yang selalu menjadi mangsa dan terpaksa mengalah dari pada haqimie mahupun aiman. mungkin kerana walaupun haqimie lebih kecil daripadanya tetapi haqimie mendapat sokongan aiman yang lebih menyayangi haqimie daripada haiqal. (ini pun satu masalah juga). Pada waktu itu dalam apa juga aktiviti haiqal pasti tersingkir, dan sering menangis kerana diketepikan oleh adik dan abang nya. Tp sekarang tidak lagi, ternyata haiqal dah mula menunjuk belang. Bila sahaja kehendaknya tidak dituruti dia pasti akan melepaskan geramnya pada haqimie... tarik, tolak , ketuk, tampar tidak kira bagaimana cara yang penting hatinya puas. Dia tidak akan berhenti selagi tidak dijarakkan kedudukan mereka. Hinggalah berlaku pergaduhan tiga segi ,apabila aiman cuba meleraikannya..huhuhu. Kadang-kadang walaupun kes dan keadaan tidak ada kena-mengena langsung dengan haqimie.(memang pelik)

(Ni pula Haqimie masa ni kita kena bantu dia berdiri coz, masih tak kuat lagi)

Haqimie pun tidak kurang hebatnya.jika Haiqal main pukul, ketuk tampar, haqimie lebih suka main gigit dan cubit, kalau tak apa jua barang yang ada ditepinya akan menjadi senjata untuk mengenakan haiqal. Setiap masa rasanya lebih banyak pergaduhan daripada perdamaian.huhuhu.

Satu perangai yang paling merungsingkan apabila kehendak mereka tak dilayan dan tak dapat berpukulan sesama mereka, cara yang paling mudah diorang akan buat dengan menghantukkan kepala kedinding atau kelantai. Tak pun menjatuhkan badan mereka sesuka hati. Tak tahulah macam mana nak cakap... rasanya tak sanggup nak lihat telatah mereka macam ni selalu, kasihan melihat badan mereka yang masih kecil , mudah tercedera setiap hari. Hingga kadang-kadang tidak terlayan kita dibuatnya.

Biasanya perangai ini akan berubah dan bermusim, harap-harap lah keadaan ini tidak berterusan, jika tidak tak tahu lah di mana kesilapannya.

Thursday, March 26, 2009

Letihnya

Entah malam ni terasa sangat letih, banyak juga projek tak siap lagi ni. Bila pandang kat list "plan" terasa banyak pula yang belum buat lagi..huhuhu. Akhir-akhir ni pula anak selalu buat hal..asyik nak berebut jer , nak bergaduh, terlalu manja..terutamanya si kembar ni. Susah pula nak buat keje dibuatnya. Time nak buat keje terpaksa tukar waktu malam, dah tak tidur sampai ke pagi. Waktu siang pula susah sangat nak tidur..almaklumlah anak-anak ni kena tengok juga.Terpaksa lah kena tunggu time diorang tidur, dapat lah tumpang sekaki. Memang letih ... tapi kenalah kuat semangat . Apa-apa hal pun mesti buat sampai berjaya. Usia dah semakin meningkat ni sekurang-kurangnya biarlah ada kerjaya. Walaupun tidak membanggakan orang lain tapi cukup untuk diri sendiri.(yerla kot)

Dah berapa lama agaknya masa aku duduk rumah yer..?? dah hampir-hampir 3 tahun. lama juga tu..alhamdulillah sekarang anak-anak dah makin membesar boleh lah aku luangkan sedikit masa untuk diri sendiri.Kata orang duk rumah banyak masa untuk rehat, masa bersama anak-anak....(Betulah tu..) cuma duk rumah terlalu lama boleh buat kita lupa apa yang berlaku kat luar.Nasib baik ada internet, walaupun slow tapi ada juga hiburan. Nak harapkan tv? pagi tv anak-anak yang punya bila malam tiba tv abah yang punya..so time kite ? menyelit lah kat mana2, mengharapkan ihsan huhuhu.. tapi sekarang dah start AF7, sabtu 9 mlm time ibu punya..tak boleh tukar..hehehe..(alah kena tukar juga coz sabtu selalu ada perlawanan bola).

Oh ya..mana nak cari info mengenai cara melayan/membesarkan anak twins ni yer..rasa macam nak cari info lah pula, terutamanya macam sekarang ni, rasanya haiqal & haqimie terlalu minta perhatian dan banyak kerenah,sifat cemburu mereka teramat lah ketara, sedangkan aiman semakin hari semakin diabaikan. memang tak adil lah, tapi..entah emosi ni macam tak stabil jer,dah lah letih buat keje, anak-anak pula banyak buat perangai nanti boleh lupa garis-garis panduan mendidik anak, kena cari guide ni. cian pula anak-anak ni, dah cemburu sesama sendiri..huhuhu

ok lah cukup dulu buat malam ni..rasa nanti lah nak sambung lagi.kalau dilayan perasaan ni sampai kepagi tak habis lagi.

Thursday, March 19, 2009

Kesilapan Ibu Bapa dalam mendidik anak - 1

yang ni some note yg aku rasa sgt penting sbg guide dlm membesarkan anak2 ku...
terasa nak share la ngan pengunjung blog ...

"KESILAPAN-KESILAPAN YANG DILAKUKAN IBU BAPA DALAM MENDIDIK ANAK"

1.KURANG BERDOA DALAM PROSES MENDIDIK ANAK.
  • Doa adalah permintaan dari hamba kepada Allah swt.
  • Ibu bapa yang kurang berdoa membentuk nilai yang rendah,sombong dan berfikiran negatif.
  • Ibu bapa harus berdoa untuk kejayaan anak
2.MEMPERKECILKAN KEBOLEHAN ANAK.
  • Setiap anak mempunyai kebolehan yang berbeza.
  • Ibu bapa harus peka dengan kebolehan anak.
  • Anak yang diperkecilkan kebolehan akan membentuk sifat diri yang pendendam, nilai diri yang rendah dan tidak mampu berdikari.
3.KURANG TEGAS DALAM MENDIDIK ANAK.
  • Ketegasan adalah penting dalam menjadual waktu kehidupan seharian.
  • Disiplin yang tegas menjadikan anak lebih menghormati keputusan yang dibuat oleh ibu bapa.Cth : waktu belajar, mengaji, tidur, riadah dan sebagainya.
4.LEBIH BANYAK MEMBERI BELAIAN NEGATIF DARI BELAIAN POSITIF.
  • Anak yang dididik dengan belaian negatif akan menjadi bersifat rendah diri dan berperasaan takut.
  • Anak memerlukan 20% belaian negatif bagi menyedarkan kesilapan mereka.
  • Ibu bapa membantu anak berazam untuk tidak melakukan perbuatan tersebut.
5.KURANG PANDAI MENJADI KAWAN KEPADA ANAK-ANAK.
  • Anak memerlukan kawan untuk bercerita, meluahkan perasaan, mengadu hal dan bermain.
  • Untuk menyelami hati nurani anak, ibu bapa harus menjadi seperti kawan mereka.
6.KURANG MEMBERIKAN SENTUHAN KEPADA SEMUA ANAK-ANAK.
  • Ibu bapa yang cemerlang sentiasa memberikan sentuhan kepada anak-anak.
  • Sentuhan yang berupa pelukan, ciuman, dan sebagainya merupakan penawar segala penyakit dan menambahka kemesraan anak kepada ibu bapa.
7.SUASANA RUMAH TANGGA YANG KURANG KONDUSIF.
  • Rumah tangga yang sentiasa porak peranda akan menyebabkan anak –anak melarikan diri dan mencari kedamaian diluar rumah.
8.MENEGUR SECARA NEGATIF.
  • Anak yang ditegur secara negatif seperti dicemuh dan dikritik akan membentuk minda yang negatif.
  • Contoh : Jika dimarahi dengan perkataan “ degil ”, “malas” akhirnya menjadi tabiat kepada anak tersebut. Perkataan itu dizahirkan melalui perbuatan.
9.KURANG MENDEDAHKAN ANAK-ANAK KEPADA MODEL-MODEL YANG CEMERLANG.
  • Model model yang cemerlang patut didedahkan kepada anak supaya nilai murni dapat ditanamkan dalam diri anak
  • Pendedahan boleh dibuat melalui pembelian buku dan bercerita. Pendedahan penting untuk membentuk keazaman yang tinggi.
10.KURANG MENGHIDUPKAN SUNAH DALAM RUMAH TANGGA.
  • Kehidupan rumah tangga Rasulullah saw adalah contoh tauladan yang baik untuk diikuti oleh umat manusia. Cth: makan, tidur,beribadat dan sebagainya.
11.MENUNJUKKAN PERSELISIHAN DI HADAPAN ANAK-ANAK.
  • Pertelingkahan dan perselisihan faham antara kedua ibu bapa tidak harus berlaku dihadapan anak. Ini menunjukan kelemahan dihadapan anak-anak.
  • Anak akan berasa kurang hormat kepada kedua ibu bapa.
12.KURANG MENGASUH ANAK MEMBUAT KERJA-KERJA RUMAH.
  • Anak perlu diasuh dan dilatih membuat kerja rumah supaya tidak timbul pentingkan diri sendiri serta tidak menghargai pekerjaan orang lain.
  • Jangan bebankan kerja yang berat. Cth basuh pinggan selepas makan.
13.MASIH MEMBIARKAN AKHLAK YANG BURUK DIDALAM RUMAH TANGGA.
  • Ibu bapa harus menghidarkan akhlak yang buruk dalam rumah tangga seperti tabiat yang tidak sesuai seperti merokok, mengumpat, berjudi , memaki hamun dan sebagainya.
  • Tabiat yang buruk itu jangan ditunjukan kepada anak-anak.

Tuesday, March 17, 2009

Alhamdulillah...
Sedar atau tidak, sudah pun hampir meninggalkan suku tahun 2009. Apa pun aku amat bersyukur ditahun baru ini dengan ekonomi yang agak lembab aku berjaya membangunkan gallery shop mutiarakasih ke domain sendiri MUTIARAKASIH SHOP. Dengan wajah baru dan tugas baru kini aku mula mengorak langkah kearah kerjaya baru sebagai seorang peniaga online. Biarpun office + kedai dirumah sendiri tetapi risiko dan tanggungjawabnya tetap sama. Dugaan dan cabaran memang sentiasa ada. Bahkan sekirnya mereka diluar sana berjalan , aku dirumah terpaksa berlari (begitulah andaiannya) kerana GOAL tetap sama, ingin berjaya dalam bidang yang diceburi.

Perkembangan anak-anak.....
Alhamdulillah semua nya kini semakin membesar dan sihat walafiat...
Huhuhu..agak lama juga aku tidak mencoretkan mengenai perkembangan anak-anak ku,bukan diketepikan tetapi banyak perkara yang perlu diutamakan, hanya sedikit masa lagi. yang aku perlukan, selepas ini insyallah, aku akan cuba untuk tidak membiarkan blog ini sepi lagi.

Teman-Teman...
Maafkan lah daku wahai teman-teman ....kesibukan ku menyebabkan aku menyepi...lepas ni kita boleh continue semula cerita-cerita perkembangan terbaru mengenai keluarga kita masing-masing...diharap pershabatan kita akan kekal selmanya