Masa begitu cepat berlalu, mytwins dah pun masuk 9 bulan+ dan semakin lasak. Dengan 3 orang baby boy kat rumah dah tentulah riuh di buatnya, biarpun letih, melihat gelagat mereka membuatkan hati amat bahagia. Kini masa agak terluang sedikit disebabkan kebanyakan masa anak2 bermain bersama mereka, saya hanya perlu memerhati sambil membuat kerja2 mencari material untuk blogging.
Sebenarnya, saya seperti ibu2 yang lain memang amat bersyukur kerana diberi peluang untuk melihat anak2 membesar di depan mata. Mungkin kini setelah mendapat 3 orang anak saya semakin SELESA untuk duduk dirumah melayan kerenah mereka setiap hari. Walaupun hakikatnya , dipermulaan agak kekok juga meninggalkan alam pekerjaan.
STRESS tu memang tak dapat dielak , itu pun pada mulanya, mungkin kebebasan untuk meluangkan masa dengan teman2 dah tak ada, apatah lagi untuk mencari teman2 baru. Kehidupan menghadap rutin2 harian dirumah setiap saat dan setiap masa memang agak berbeza feel nya berbanding dengan kehidupan berkerjaya. Mungkin agak sukar untuk diterangkan dengan kata2, tapi saya yakin mereka yang melaluinya akan berpendapat begitu.
Namun begitu, akhir2 ini, keadaan ekonomi seolah-olah memberikan hints , semua ini bakal tidak akan berkekalan. Setiap hari ternyata semakin banyak kos lepas yang terpaksa ditanggung. Bagaimana agaknya masa depan anak2 sekiranya semua ini berterusan . Mungkin kah saya perlu mula mencari kerja semula? atau masih ada pilihan lain? Biarlah masa dan keadaan yang menentukan. Kerana buat masa ini amat berat untuk mengetepikan anak2 demi kebebasan , tetapi jika itu bukan satu pilihan pengorbanan adalah penghujungnya.
No comments:
Post a Comment