me & family

me & family
Lilypie Pregnancy tickers

Followers

Showing posts with label Gallery. Show all posts
Showing posts with label Gallery. Show all posts

Saturday, August 1, 2009

Kenangan Bersama Atuk & Nenek Ter...SAYANG!!

Wah...sedar tak sedar dah 2tahun dah Haiqal & Haqimie ye.....yang sedihnya mereka berdua masih belum berkesempatan untuk menjejakkan kaki ke kampung halaman ibu dan abahnya.
So, kebetulan pula Acik Deni kat JB Tauliah PALAPES (bulan June lepas), dengan sifat murah hati Acik Deni, atuk dan nenek diterbangkan ke semenanjung, dapatlah singgah gak kat shah alam melawat cucu2nya.



Ni kenangan bersama atuk...tak sempat nak gi mana2..atuk datang kejap jer..lagipun banyak tempat atuk nak pegi lagi..misi utama atuk dah tentu kat JB, lepas tu nak lawat acik yang study kat kelantan pula, memang tak cukup masa. Tapi tak per...biarpun sekejap amat puas hati..sebab ibu pun dah tak balik hampir 4 thn..huhuhu...boleh lah mengubat rindu kan...Tapi kecian kat abah sebab atuk belah abah tengah sakit ni....keluar masuk hospital hampir 2 tahun dah..dan abah masih tak dapat nak balik kampung..


Friday, April 3, 2009

Memori terindah...

Kalau boleh , nak jadikan semua memori menjadi yang terindah...tapi boleh ker? Insyallah....

Jom tengok telatah haiqal dan haqimie ketika berjalan-jalan di Alam Sentral , Shah Alam.


Hahaha.. stroller pun kena share...tak per ni nak mengajar mereka supaya sentiasa sayang menyayangi dan ingat-mengingati, apa-apa hal pun kena sama-sama jangan asyik bergaduh jer..

Friday, June 13, 2008

Myfamily....

Ni gambar koleksi gallery anak2 ku Haiqal & Haqimie.
Jika diperhatikan Haqimi kelihatan agak kecil berbanding dengan Haiqal, inilah yang memeningkan kepala sy ketika ini. Berat Haqimie masih lagi belum melepasi tahap kritikal, masih lagi berada ditengah2 garisan. Walapun ada peningkatan tetapi ia masih belum dapat menghilangkan kerisauan sy.
Dari segi pemakanan Haqimie dan Haiqal tidak banyak memilih, tetapi mood selera mereka agak bertukar2, jika hari ini Haiqal amat berselera, Haqimie akan kelihatan kurang berselera, dan begitu juga sebaliknya, agak jarang melihat mereka berdua mempunyai keinginan yang sama dalam masa serentak. Begitu juga dari segi sifat mereka; ~manja , keras hati, ceria , mahupun cerewet, rasanya kedua2 mereka mempunyai sifat yg agak sama namun di tunjukkan pada waktu yg berbeza dan kelihatan berlawanan. Kadang2 agak pelik juga melihat telatah mereka ini.
Namun begitu apa yg ketara Haiqal agak manja berbanding Haqimie, Namun Haqimie kelihatan lebih suka memendam perasaan dan keras hati berbanding Haiqal. Bila difikir semula sifat Haiqal lebih kepada abah dia dan Haqimie lebih kepada sifat2 sy. hmmm.........dah anak ibu dan abah...

Tuesday, April 29, 2008

My Album

Akhir2 ni saya asyik membelek koleksi gambar2 permata hatiku & mytwins, semuanya hanya dalam memory pc dan h/phone, agak banyak juga , sayangnya belum ada satu keping pun yang dapat di print. So buat masa ni agak baik juga jika dapat diabdikan kenangan mereka dalam Slide Album, Sekurang2nya bila i've lost the photo, i know mana nak cari..

Wednesday, April 2, 2008

Putrajaya



Ni gambar kat Putrajaya