Ni gambar koleksi gallery anak2 ku Haiqal & Haqimie.
Jika diperhatikan Haqimi kelihatan agak kecil berbanding dengan Haiqal, inilah yang memeningkan kepala sy ketika ini. Berat Haqimie masih lagi belum melepasi tahap kritikal, masih lagi berada ditengah2 garisan. Walapun ada peningkatan tetapi ia masih belum dapat menghilangkan kerisauan sy.
Dari segi pemakanan Haqimie dan Haiqal tidak banyak memilih, tetapi mood selera mereka agak bertukar2, jika hari ini Haiqal amat berselera, Haqimie akan kelihatan kurang berselera, dan begitu juga sebaliknya, agak jarang melihat mereka berdua mempunyai keinginan yang sama dalam masa serentak. Begitu juga dari segi sifat mereka; ~manja , keras hati, ceria , mahupun cerewet, rasanya kedua2 mereka mempunyai sifat yg agak sama namun di tunjukkan pada waktu yg berbeza dan kelihatan berlawanan. Kadang2 agak pelik juga melihat telatah mereka ini.
Namun begitu apa yg ketara Haiqal agak manja berbanding Haqimie, Namun Haqimie kelihatan lebih suka memendam perasaan dan keras hati berbanding Haiqal. Bila difikir semula sifat Haiqal lebih kepada abah dia dan Haqimie lebih kepada sifat2 sy. hmmm.........dah anak ibu dan abah...
3 comments:
wahh.. anak kembar.. tahniah laa... comellll :)
tima kasih nana, welcome to my blog,...
hi ainie... seronok kan dah jadi ibuni.. saya jumpa link awak ni kat forum anakku.. suka tengok your bling..bling mutiara tu...
Jaga anak kembar ni memang penat sikit tapi bestkan...
Post a Comment