me & family

me & family
Lilypie Pregnancy tickers

Followers

Thursday, June 5, 2008

Anak Ku Sayang!


Agak lama juga sy tidak mengupdatekan, kisah perkembangan babytwins Haiqal & Haqimie, almaklumlah sejak kebelakangan ini sy mula menceburkan diri dalam dunia "biz-online", terlalu banyak masa yg sy perlukan untuk mempelajari selok belok perniagaan ini, sehingga terleka untuk mengikuti perkembangan mereka.

Di saat ini saya mencuri sedikit masa untuk menyambung semula blog ini, dan saya mulakan dengan perkembangan baby twins pada usia 10 bulan;

Tanpa disedari masa berlalu begitu pantas, kini Haiqal dan Haqimie semakin aktif merangkak dan mula belajar berdiri. Pada mulanya Sy memutuskan untuk membeli satu walker sahaja. Ini pun dalam tempoh percubaan, memandangkan anak first sy Aiman sebelum ini tidak dibiasakan menggunakan walker.

Kali ini sy amat memerlukan walker sbg back-up helper semasa sy menguruskan salah seorang dr mereka, almaklumlah, sy agak keberatan membiarkan mereka merangkak tanpa pengawasan. Namun begitu, perkara ini tidak semudah yang saya fikirkan ternyata satu walker hanya menjadi rebutan. Tak sampai hati rasanya melihat mereka berkejar2an hanya kerana berebut walker yang satu. Mungkin bila berada dalam walker mereka merasa bebas berlari mengejar abang nya yg sentiasa membuat ulah.

Akhirnya, suasana menjadi semakin riuh rendah dengan sebuah basikal dan dua buah walker di dalam rumah. Memang agak menyesakkan, yerlah kadang2 kita nak bergerak pun susah bila mana dua2 datang meluru, kerana letih berada dalam walker dan ingin meminta diangkat.Kini rumah sy seolah2 bertukar menjadi taska, dengan adanya 3 org anak lelaki yang semakin lasak.Apa sahaja benda yg tercapai akan disepahkan. Letih? apa lagi yang mampu saya katakan.

Dalam usia ini, mereka dah mula pandai memilih dan mengenal orang yang ada disekelilingnya, sifat manja dan keras hati mereka membuatkan agak sukar utk sy melepaskan mereka dibawah jagaan orang lain. Bahkan Abah mereka sendiri pun pening kepala, apatah lagi sewaktu sy terpaksa meninggalkan mereka dibawah jagaan abahnya ketika sy perlu memasak ataupun membasuh pakaian. Mereka seperti anak kecil yang lain tetapi bezanya wujud persaingan diantara mereka.Peranan sy dlm hal ni mmg agak penting, bukan itu sahaja saya masih ada seorang anak 3+years yg juga masih memerlukan perhatian sy. Dialah anak manja sy yg terpaksa diketepikan seketika demi utk adik2nya.

Sedikit masa lagi, mereka pasti akan mengerti, saya pasti mengurus mereka akan jadi lebih mudah kelak, dan mungkin saya boleh merasa lega, dan kembali berehat secukupnya.

No comments: