me & family

me & family
Lilypie Pregnancy tickers

Followers

Friday, July 25, 2008

Almost 1 yr....

Tanpa disedari masa berlalu begitu pantas,hujung bulan ini yg tinggal beberapa hari sahaja lagi, akan menyaksikan babytwins sy kini genap setahun. Rasanya seolah2 baru semalam sahaja sy melalui pengalaman melahirkan mereka huhuhu ...(dah besar dah haiqal dan haqimie).

Namun begitu sepanjang pemerhatian sy apabila melihat perkembangan mereka ternyata agak berbeza dr pada abang nya dahulu, diusia yg hampir setahun, haiqal dan haqimie masih belum boleh berjalan.Haiqal memang kelihatan sudah membiasakan diri untuk berdiri tetapi masih lagi memerlukan tempat untuk berpegang, cuma kini haiqal lebih bijak untuk keluar dari walker, dia hanya perlu mencari tempat yang boleh dicapai seperti katil atau apa2 sahaja untuk menyokong badannya , dan dia pasti akan keluar.Kini nampaknya mereka sudah mula tidak suka lagi berada di dalam walker yang seolah2 menyekat kebebasan mereka untuk bergerak, Apatah lagi keletah mereka yang semakin lasak, ini manjadikan walker agak bahaya untuk mereka.

Haqimie pula , bila sy cuba mengajaknya berjalan masih lagi berjengket2 seolah2 penari balet. agak risau juga, disebabkan abangnya dahulu genap setahun dah pandai berjalan. Nampak gayanya mungkin ambil masa 2-3 bulan lagi lah baru dapat melihat mereka berjalan, itupun jika tidak ada masalah lain. Sy berharap ini bukanlah masalah yang besar, walapun disudut hati sy memang agak risau.

Kini haiqal sudah membiasakan diri dengan sebutan abah , mama, ibu.. walapun kedengaran belum lurus sebutannya, tp cukup menghiburkan.Haqimie? belum lagi. Selalunya haqimie akan menurut perkembangan abang nya seminggu hingga sebulan lebih lambat. Begitulah nasib mereka, mungkin? dari kecil hingga mereka besar kelak pasti ada sahaja perkara yang akan diperhatikan dan dibandingkan antara mereka. Cuba perhatikan wajah mereka ini, adakah ia kelihatan seiras atau tidak?
Semakin mereka membesar , semakin ketara perbezaannya, ini kerana haiqal semakin montel dan berisi, tetapi haqimie pula tetap maintain, tak juga terlalu kurus dan tak juga ada tanda2 bakal berisi. setelah berhadapan dengan aiman dan haiqal yang memang berisi dari kecil , terasa haqimie memang agak special. Kecil, ringan tetapi cukup lasak dan sangat aktif berbanding kedua2 abangnya. Kata doktor mungkin itulah sebabnya badan dia susah hendak naik, tapi sy tetap bersyukur setiap kali bertimbang, berat nya juga sering menunjukkan peningkatan, waklaupun agak sedikit.

Dari segi pemakanan, kini sy rasa mereka berdua sudah tidak menghadapi sebarang masalah dengan makanan begitu juga dengan masalah penyusuan.yang penting mereka sihat, tu jer yang lebih saya harapkan.

Akhir-akhir ini sy memang agak khuatir dengan tahap kesihatan mereka. terasa seolah2 mereka agak mudah dijangkiti penyakit. mungkinkah disebabkan sy tidak pernah membiasakan mereka dengan sebarang supplement untuk antibodi mereka? jika seorang sahaja yang dapat selsema atau demam , sudah pasti akan berjangkit semua. tak heran lah jika ada yang mengatakan kat taska budak2 mudah sakit disebabkan terlalu ramai, lebih kurang lah dengan anak2 sy ini, biarpun baru tiga orang tetapi penyakit memang begitu mudah berjangkit sesama mereka.Masalah ini yang tidak sanggup untuk saya lalui berkali-kali, namun kalau memang itu dugaannya kenalah juga kita hadapi.lambat laun sudah pasti agak mudah untuk aku membiasakan diri dengan kerenah-kerenah mereka ini.

No comments: