me & family

me & family
Lilypie Pregnancy tickers

Followers

Thursday, March 19, 2009

Kesilapan Ibu Bapa dalam mendidik anak - 1

yang ni some note yg aku rasa sgt penting sbg guide dlm membesarkan anak2 ku...
terasa nak share la ngan pengunjung blog ...

"KESILAPAN-KESILAPAN YANG DILAKUKAN IBU BAPA DALAM MENDIDIK ANAK"

1.KURANG BERDOA DALAM PROSES MENDIDIK ANAK.
  • Doa adalah permintaan dari hamba kepada Allah swt.
  • Ibu bapa yang kurang berdoa membentuk nilai yang rendah,sombong dan berfikiran negatif.
  • Ibu bapa harus berdoa untuk kejayaan anak
2.MEMPERKECILKAN KEBOLEHAN ANAK.
  • Setiap anak mempunyai kebolehan yang berbeza.
  • Ibu bapa harus peka dengan kebolehan anak.
  • Anak yang diperkecilkan kebolehan akan membentuk sifat diri yang pendendam, nilai diri yang rendah dan tidak mampu berdikari.
3.KURANG TEGAS DALAM MENDIDIK ANAK.
  • Ketegasan adalah penting dalam menjadual waktu kehidupan seharian.
  • Disiplin yang tegas menjadikan anak lebih menghormati keputusan yang dibuat oleh ibu bapa.Cth : waktu belajar, mengaji, tidur, riadah dan sebagainya.
4.LEBIH BANYAK MEMBERI BELAIAN NEGATIF DARI BELAIAN POSITIF.
  • Anak yang dididik dengan belaian negatif akan menjadi bersifat rendah diri dan berperasaan takut.
  • Anak memerlukan 20% belaian negatif bagi menyedarkan kesilapan mereka.
  • Ibu bapa membantu anak berazam untuk tidak melakukan perbuatan tersebut.
5.KURANG PANDAI MENJADI KAWAN KEPADA ANAK-ANAK.
  • Anak memerlukan kawan untuk bercerita, meluahkan perasaan, mengadu hal dan bermain.
  • Untuk menyelami hati nurani anak, ibu bapa harus menjadi seperti kawan mereka.
6.KURANG MEMBERIKAN SENTUHAN KEPADA SEMUA ANAK-ANAK.
  • Ibu bapa yang cemerlang sentiasa memberikan sentuhan kepada anak-anak.
  • Sentuhan yang berupa pelukan, ciuman, dan sebagainya merupakan penawar segala penyakit dan menambahka kemesraan anak kepada ibu bapa.
7.SUASANA RUMAH TANGGA YANG KURANG KONDUSIF.
  • Rumah tangga yang sentiasa porak peranda akan menyebabkan anak –anak melarikan diri dan mencari kedamaian diluar rumah.
8.MENEGUR SECARA NEGATIF.
  • Anak yang ditegur secara negatif seperti dicemuh dan dikritik akan membentuk minda yang negatif.
  • Contoh : Jika dimarahi dengan perkataan “ degil ”, “malas” akhirnya menjadi tabiat kepada anak tersebut. Perkataan itu dizahirkan melalui perbuatan.
9.KURANG MENDEDAHKAN ANAK-ANAK KEPADA MODEL-MODEL YANG CEMERLANG.
  • Model model yang cemerlang patut didedahkan kepada anak supaya nilai murni dapat ditanamkan dalam diri anak
  • Pendedahan boleh dibuat melalui pembelian buku dan bercerita. Pendedahan penting untuk membentuk keazaman yang tinggi.
10.KURANG MENGHIDUPKAN SUNAH DALAM RUMAH TANGGA.
  • Kehidupan rumah tangga Rasulullah saw adalah contoh tauladan yang baik untuk diikuti oleh umat manusia. Cth: makan, tidur,beribadat dan sebagainya.
11.MENUNJUKKAN PERSELISIHAN DI HADAPAN ANAK-ANAK.
  • Pertelingkahan dan perselisihan faham antara kedua ibu bapa tidak harus berlaku dihadapan anak. Ini menunjukan kelemahan dihadapan anak-anak.
  • Anak akan berasa kurang hormat kepada kedua ibu bapa.
12.KURANG MENGASUH ANAK MEMBUAT KERJA-KERJA RUMAH.
  • Anak perlu diasuh dan dilatih membuat kerja rumah supaya tidak timbul pentingkan diri sendiri serta tidak menghargai pekerjaan orang lain.
  • Jangan bebankan kerja yang berat. Cth basuh pinggan selepas makan.
13.MASIH MEMBIARKAN AKHLAK YANG BURUK DIDALAM RUMAH TANGGA.
  • Ibu bapa harus menghidarkan akhlak yang buruk dalam rumah tangga seperti tabiat yang tidak sesuai seperti merokok, mengumpat, berjudi , memaki hamun dan sebagainya.
  • Tabiat yang buruk itu jangan ditunjukan kepada anak-anak.

No comments: