me & family

me & family
Lilypie Pregnancy tickers

Followers

Friday, April 9, 2010

Aktiviti anak-anak.

Alhamdulillah, anak2 dah semakin membesar, haiqal & haqimie semakin hari semakin petah bercakap, ada saja yang nak ditanya atau nak dicerita, :) kadang-kadang geli hati melihat telatah mereka ini. Aiman pula walaupun sudah berumur 5tahun tapi masih belum lagi dihantar ke tadika. Sebenarnya begitu banyak saranan dari kawan dan family, yang menggalakkan aiman di hantar ke tadika lebih awal. pada amnya memang itu lah yang terbaik, tetapi memandangkan ibu dan ayah menghadapi sedikit masalah, terpaksa lah aiman menunggu sehingga tahun depan sahaja. Insyallah tahun depan dengan twins dah 3tahun++ agak mudah untuk aku mula bergerak, setidak-tidaknya untuk menghantar atau mengambil aiman dari sekolah. Maklumlah, agak sukar untuk menyerahkan sepenuh tanggungjawab itu kepada abahnya, Mungkin agak susah bagi dia untuk berulang-alik dari tempat kerja semata-mata menguruskan perkara ini. Walaupun itulah kehendaknya.

Dan tanpa disedari tanggunjawab aku sebagai seorang ibu dicabar lagi. Walaupun aiman tak dapat bersekolah tahun ini,  aku tidak akan menyerah kalah, sekurang-kurangnya sebagai seorang ibu aku akan cuba melengkapkan kekurangan itu, walaupun aku terpaksa menjadi seorang cikgu (dirumah) . Alhamdulillah , aiman seorang anak yang bijak, aku tidak lah mahir sebagai seorang pendidik, dan memang tidak tahu procedur atau pendekatan yan terbaik untuk mengajar . Tetapi apa yang aku tahu aku telah mendedahkan dia cukup untuk mengenali setiap abjad melalui lagu-lagu Alphabet melalui CD atau pun You Tube. Setelah aiman dah cukup mengenali setiap Alphabet (capital letter) baru lah aku tekankan dari segi penulisan. Bukan mudah sebenarnya, perhatian , minat dan tumpuan hanya pada permulaan, aiman akan mula menunjukkan sikap bosan dan malas. Nak memastikan minatnya berterusan terpaksa lah aku memberi kredit untuk setiap hasil tulisan yang disiapkannya. seperti disekolah kertas kerjanya akan ditanda dan di bagi markah.... hehehe. baru lah dia berminat untuk tunjukkan hasilnya. Alhamdulillah, hari ini aiman dah tahu menulis ABC,abc mahupun 123. setelah dia melalui proses pertama yang sukar (ABC), proses seterusnya ternyata menjadi lebih mudah baginya.

Kalau dikira-kira dah masuk 3 bulan aku mendedahkan teknik penulisan ini dengannya, dan banyak perkara yang dia boleh tangkap dan fikir sendiri, walaupun belum sempat aku kenalkan, cthnya seperti nombor, sebenarnya cartoon Mickey Mouse, Dora, Go Diego Go dll, memang banyak membantu. Sebenarnya agak takut juga untuk bergerak ke proses seterusnya, yerlah kadang risau juga jika overload, kalau tak pun kadang tu ke-BZ-an aku dengan biz online tu menyebabkan terleka tentang aiman. Tetapi alhamdulillah, aiman terus bergerak, sehingga bila aku tersedar dia dah pun pandai menulis huruf-huruf itu bahkan mengenali setiap abjad , Dan yang langsung tak sempat aku ajar adalah nombor, entah macam mana dia dah pun mengenal nombor hingga ke seratus . Huhuhu terkedu aku dibuatnya.

Akhir-akhir ni minatnya telah pun beralih arah, dia mula mengalihkan perhatiannya kepada teknik mewarna, (mewarna dalam konteks ruang dan bukan menconteng). Masih ingat lagi aku ketika dia berumur 3 tahun aku telah mendedahkannya dengan kertas dan warna, kerana pada pandangan aku lebih mudah memulakan teknik pengajaran dengan mewarna, tetapi sebaliknya, apa yang berlaku dia hanya minat menconteng kertas., lantai dan dinding, hahahaha. tapi tidak kali ini, seperti hobinya membuat puzzle dia begitu tekun dan menghayati setiap objek yang diwarnakannya.

PUZZLE! sejauh mana ia membantu kanak-kanak. Memang agak pelik juga, bagaimana kanak-kanak begitu tertarik dengan aktiviti susun suai gambar ni (puzzle), disaat aku pening kepala mencari cantuman yang berikutnya, aiman begitu tangkas menyelesaikan nya dan siap menegur lagi kesilapan ibunya hehehe. Setiap masanya dipenuhi dengaan aktiviti ini. Siap je satu puzzle , simpan kejap ..pegi main. dalam 10 minit, (rehat kot) gi semula kat puzzle buka dan cantum lagi, begitulah gelagatnya, bangun pagi capai puzzle, begitu juga sebelum tidur malam. Tapi sekarang semua puzzle dah hilang , berterabur atas inisiatif adik-adiknya. Dan disebabkan malas nak mengurus puzzle yang selalu bersepah ibunya dah tak nak belikan lagi heheheh.

Pengajaran dan pembelajaran itu memang satu proses, sejauh mana kita menghayati nya tertakluk kepada minat. Bila ada minat kesungguhan untuk mencapai matlamat itu pasti ada. Tetapi sejauh mana pula usaha kita untuk menarik minat apatah lagi cuba mengekalnya di posisi utama , kerana kadang-kadang ada masa kebosanan melanda dan terfikir adalah lebih baik untuk tidak membuat apa-apa. Jika terleka ...?? memang amat merugikan. Dalam sedar tak sedar ..itulah sifat dan perangai ibunya yang kini dicontohi aiman. sejauh mana kah aku berjaya dalam hidup ini???....huhuhuhu, banyak perkara yang perlu diperbetulkan, agar anak-anak tidak mengikut jejak langkah aku yang silap. hehehehe.

Akan bersambung :- nak siap kan karipap dulu ..sarapan anak-anak untuk pagi esok :))

No comments: