Lets Clik

Mutiara Kasih On9 Store Kain Ela matching store - Chiffon , Itallian Silk, Kain Bunga, Corak Batik, Satin Silk dll..... e-Health & Beauty Produk Kecantikkan & kesihatan berasaskan Natural Herba, (Orifera,Minyak Kelapa Dara, DXN dll...) MyCuties Collection Baju Kurung Kanak-kanak, Alas Meja/Kusyen, Kristal Swarovski, Mutiara Sabah..all special collection!

"Selamat Hari Ibu"  

Wednesday, May 6, 2009

Orang kata aku lahir dari perut mak..
(bukan org kata...memang betul)

Bila dahaga, yang susukan aku....mak
Bila lapar, yang suapkan aku....
mak
Bila keseorangan, yang sentiasa di sampingku.. ..
mak
Kata mak, perkataan pertama yang aku sebut....
Mak
Bila bangun tidur, aku cari....
mak
Bila nangis, orang pertama yang datang ....
mak
Bila nak bermanja, aku dekati....
mak
Bila nak bergesel, aku duduk sebelah....
mak
Bila sedih, yang boleh memujukku hanya....
mak
Bila nakal, yang memarahi aku....
mak
Bila merajuk, yang memujukku cuma....
mak
Bila melakukan kesalahan, yang paling cepat marah....
mak
Bila takut, yang tenangkan aku....
mak
Bila nak peluk, yang aku suka peluk....
mak
Aku selalu teringatkan ....
mak
Bila sedih, aku mesti talipon....
mak
Bila seronok, orang pertama aku nak beritahu.....
mak
Bila bengang.. aku suka luah pada..
mak
Bila takut, aku selalu panggil...
"mmaaakkkk! "
Bila sakit, orang paling risau adalah....
mak
Bila nak exam, orang paling sibuk juga....
mak
Bila buat hal, yang marah aku dulu....
mak
Bila ada masalah, yang paling risau....
mak
Yang masih peluk dan cium aku sampai hari ni..
mak
Yang selalu masak makanan kegemaranku....
mak
kalau balik ke kampung, yang selalu bekalkan ulam & lauk pauk.....
mak
Yang selalu simpan dan kemaskan barang-barang aku....
mak
Yang selalu berleter kat aku...
mak
Yang selalu puji aku....
mak
Yang selalu nasihat aku....
mak
Bila nak kahwin..Orang pertama aku tunjuk dan rujuk.....
mak

Aku ada pasangan hidup sendiri....


Bila seronok, aku cari....pasanganku
Bila sedih, aku cari....
mak

Bila berjaya, aku ceritakan pada....pasanganku
Bila gagal, aku ceritakan pada....
mak

Bila bahagia, aku peluk erat....pasanganku
Bila berduka, aku peluk erat....
emakku

Bila nak bercuti, aku bawa....pasanganku
Bila sibuk, aku hantar anak ke rumah....
mak

Bila sambut valentine.. Aku bagi hadiah pada pasanganku
Bila sambut hari ibu...aku cuma dapat ucapkan "Selamat Hari Ibu"


Selalu.. aku ingat pasanganku

Selalu.. mak ingat kat aku

Bila-bila... aku akan talipon pasanganku
Entah bila... aku nak talipon
mak

Selalu...aku belikan hadiah untuk pasanganku
Entah bila... aku nak belikan hadiah untuk
emak

Renungkan:

"Kalau kau sudah habis belajar dan berkerja... bolehkah kau kirim wang untuk mak?
mak bukan nak banyak... lima puluh ringgit sebulan pun cukuplah".

Berderai air mata jika kita mendengarnya........


Tapi kalau mak sudah tiada.....
.....
MAKKKKK...RINDU MAK.... RINDU SANGAT....




Berapa ramai yang sanggup menyuapkan ibunya....
berapa ramai yang sanggup mencuci muntah ibunya.....
berapa ramai yang sanggup mengantikan lampin ibunya.....
berapa ramai yang sanggup membersihkan najis ibunya.......
berapa ramai yang sanggup membuang ulat dan membersihkan luka kudis ibunya....
berapa ramai yang sanggup berhenti kerja untuk menjaga ibunya.....

dan akhir sekali berapa ramai yang sembahyang JENAZAH ibunya......

Seorang anak mendapatkan ibunya yang sedang sibuk menyediakan makan malam di dapur lalu menghulurkan sekeping kertas yang bertulis sesuatu. Si ibu segera mengesatkan tangan di apron menyambut kertas yang dihulurkan oleh si anak lalu membacanya.Kos upah membantu ibu:

1) Tolong pergi kedai : RM4.00
2) Tolong jaga adik : RM4..00
3) Tolong buang sampah : RM1.00
4) Tolong kemas bilik : RM2.00
5) Tolong siram bunga : RM3.00
6) Tolong sapu sampah : RM3.00
Jumlah : RM17.00

Selesai membaca, si ibu tersenyum memandang si anak sambil sesuatu berlegar-legar si mindanya. Si ibu mencapai sebatang pen dan menulis sesuatu di belakang kertas yang sama.

1) Kos mengandungkanmu selama 9 bulan - PERCUMA
2) Kos berjaga malam kerana menjagamu - PERCUMA
3) Kos air mata yang menitis keranamu - PERCUMA
4) Kos kerunsingan kerana bimbangkanmu - PERCUMA
5) Kos menyediakan makan minum, pakaian, dan keperluanmu -PERCUMA
Jumlah Keseluruhan Nilai Kasihku - PERCUMA


Air mata si anak berlinang setelah membaca apa yang dituliskan oleh siibu. Si anak menatap wajah ibu,memeluknya dan berkata,

"Saya Sayangkan Ibu". Kemudian si anak mengambil pen dan menulis "Telah Dibayar" pada mukasurat yang sama ditulisnya.

"Jika kamu menyayangi ibumu, "forward"kanlah Email ini kepada sahabat- sahabat anda.

AddThis Social Bookmark Button


Ibu Bapa Prihatin Tentukan Hala Tuju Anak  

Monday, April 6, 2009

Yang ni some note yang diambil dari http://ismaweb.net/v2/Article188.html untuk renungan

Ibu Bapa Prihatin Tentukan Hala Tuju Anak

HARAPAN menggunung sering diletakkan ke atas remaja supaya mereka menjadi pemuda pemudi yang dapat menerajui pucuk pimpinan dan mampu mengharumkan nama negara di arena antarabangsa. Namun begitu, pembabitan mereka dalam gejala sosial hari ini amat membimbangkan.


Selain faktor persekitaran, situasi kekeluargaan di rumah juga turut menyumbang kepada perlakuan jenayah di kalangan remaja. Sebagai contoh, remaja daripada keluarga yang miskin akan tertarik kepada benda yang mahal dan berjenama yang dimiliki oleh rakan mereka yang berkemampuan seperti telefon bimbit dan pakaian berjenama.

Mereka memahami bahawa mereka tidak mampu memiliki barang-barang itu. Dengan itu, mereka akan melakukan jenayah bagi mendapatkan barang terbabit sama ada dengan mencuri wang atau mencuri terus dari kedai atau pasar raya.

Remaja daripada keluarga porak-peranda terdorong melakukan jenayah. Ia mungkin didorong tabiat negatif yang dilakukan ibu bapa seperti minum arak, judi, penagihan dadah, mencuri dan seks bebas.

Kelakuan ibu bapa panas baran dan sering kali memukul anak juga akan menyebabkan remaja itu menjadi ganas dan lahirlah gejala seperti gangsterisme, buli dan sebagainya.

Pengawasan keluarga yang terlalu ketat juga boleh mengakibatkan remaja terjerumus dalam jenayah.

Dalam situasi ini, remaja cuba melepaskan dirinya daripada kongkongan itu dengan pelbagai cara termasuk bergaul bebas dengan rakan di luar sebagai menyatakan perasaan tidak puas hati mereka terhadap ibu bapa.

Bagi remaja, kebebasan diri amat penting kerana beranggapan diri mereka telah dewasa. Lebih teruk lagi, kegiatan anti sosial seperti perlanggaran undang-undang ditafsirkan sebagai suatu kegiatan yang memberi kepuasan dalam hidup mereka. Maka lahirlah aktiviti lumba haram atau lebih popular dengan istilah mat rempit.

Mendidik anak-anak terutama remaja di zaman ini sememangnya amat mencabar dan memerlukan ilmu keibubapaan yang tinggi bagi memastikan anak-anak terdidik dengan betul dan menjadi anak yang salih. Pada masa sama, remaja juga perlu menguasai pelbagai ilmu dan kemahiran terkini serba canggih yang hanya boleh didapati di luar rumah.

Hakikatnya, anak-anak itu dilahirkan dalam keadaan bersih (fitrah). Ia akan menjadi seorang yang salih apabila mendapat pendidikan yang baik. Sebaliknya jika dia hidup membesar dalam suasana keluarga yang terpesong dan menyeleweng dia juga turut terpesong dan menyeleweng seperti sabda Rasulullah SAW yang bermaksud;

“Setiap anak itu dilahirkan dalam keadaan bersih (fitrahnya) maka kedua ibu bapanyalah yang menjadikannya Yahudi, Nasrani atau Majusi” (Muttafaqun 'Alaih)

Islam memandang berat urusan mendidik anak serta menggesa supaya mencari sebab, nilai serta persekitaran yang baik untuk menjamin terlaksananya tarbiah atau pendidikan yang baik. Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud;

“Seseorang yang mendidik anaknya (dengan baik) adalah lebih baik dari bersedekah dengan secupak” (Diriwayatkan oleh Al-Tirmizi).

Walaupun mungkin terlewat bagi ibu bapa untuk menerapkan pendidikan yang sewajarnya untuk anak mereka sejak kecil lagi, masih ada masa untuk kembali memberi bimbingan sekalipun anak mereka melangkah ke usia remaja. Ini adalah melalui pendidikan yang dibentuk melalui semangat kekeluargaan yang dibentengi oleh syariat Islam. Antaranya adalah;

1) Tunjukkan contoh teladan baik.

Sebelum mengajak anak melakukan kebaikan, ibu bapa perlu terlebih dahulu mengenali sifat yang ada pada diri mereka. Ini bagi memastikan keperibadian ditunjukkan itu selari atau sejajar dengan pendidikan yang ingin diberikan.

Remaja tidak mempersoalkan segala suruhan dan nasihat ibu bapa andainya ibu bapa mereka juga berbuat demikian.

Remaja amat menghargai jika pandangan mereka turut didengari berbanding hanya mereka yang perlu mendengar pandangan ibu bapa. Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud; “Tidak ada satu pemberian bapa terhadap anak-anak yang lebih dari adab yang mulia.”

2) Memperuntukkan masa berbual dan adakan perbincangan keluarga.

Ibu bapa perlu memperuntukkan masa yang secukupnya untuk berinteraksi sesama anggota keluarga. Kesibukan kerja atau tugas tidak seharusnya menjadi alasan bagi ibu bapa untuk meluangkan masa bersama anak-anak. Bukankah anak-anak juga berhak untuk mendapat perhatian yang lebih dari ibu bapanya sendiri? Peluang sebegini dapat membuka ruang untuk saling mengenali tentang sikap masing-masing, mempererat hubungan serta dapat menjalinkan perasaan kasih sayang antara ibu bapa dan remaja.

3) Bersedia untuk mendengar.

Kebanyakan ibu bapa hanya tahu menyuruh atau memerintah tanpa mempedulikan perasaan atau pendapat anak mereka. Sikap sebegini akan menutup peluang remaja mendekati ibu bapa mereka. Lebih-lebih lagi jika ditambah dengan sikap garang atau bengis yang pasti menimbulkan rasa takut dalam diri remaja.

Sebagai contoh, jika ada perkara yang dilakukan oleh remaja yang tidak disenangi ibu bapa, mereka perlu terlebih dahulu memberi peluang kepada remaja untuk memberi penjelasan apa yang mereka lakukan. Selanjutnya barulah memberikan nasihat dan tunjuk ajar secara lemah-lembut dan berhikmah.

4) Mengambil tahu masalah.

Sikap mengambil tahu masalah akan membuatkan anak remaja berasakan diri mereka sentiasa diambil berat oleh ibu bapa. Sikap sebegini juga akan dapat mengelakkan remaja daripada mengajukan masalah mereka kepada pihak lain seperti rakan, jiran dan sebagainya.

5) Menjelaskan sebab bagi setiap tindakan yang dibuat.

Remaja sentiasa ingin tahu mengenai apa berlaku di sekelilingnya. Ini termasuklah segala ucapan dan tindakan yang lahir dari ibu bapanya.

Segala suruhan dan larangan dari ibu bapa perlu disertakan dengan sebab dan alasan agar ianya boleh diterima baik oleh remaja. Walaupun pada hakikatnya segala suruhan dan larangan ibu bapa itu demi untuk kebaikan anak mereka, bagi remaja amat penting sebagai pengukuhan terhadap apa yang dikehendaki oleh ibu bapa terhadapnya.

6) Memberi peluang untuk membuat keputusan.

Dalam usaha ibu bapa memberi tunjuk ajar yang terbaik terhadap anak remaja mereka, satu perkara yang harus ditekankan ialah memberikan mereka ruang untuk membuat keputusan. Daripada sini, dapat melatih mereka supaya berdikari dan mampu mencorak sendiri masa depan yang ingin mereka capai tanpa mengetepikan bimbingan dan nasihat yang berterusan dari ibu bapa.

Lebih efektif, mereka perlu digalakkan menetapkan sendiri matlamat hidup ingin dicapai dan seterusnya menggariskan keutamaan serta menjadualkan waktu mereka untuk mencapai matlamat itu.

7) Menerapkan nilai keagamaan dan kerohanian di rumah.

Nilai keagamaan adalah perkara asas dalam kehidupan. Amalan seperti solat berjemaah, memberi salam, berdoa bersama-sama dan membaca al-Quran dapat membentuk sebuah keluarga yang salih dan diberkati Allah.

Walaupun sibuk mencari rezeki di luar, ibu bapa perlu memberi perhatian serius terhadap didikan agama kerana hanya dengan didikan agama dapat memelihara anak remaja mereka daripada terjerumus ke lembah jenayah dan maksiat. Ini seterusnya menjamin kesinambungan generasi yang berakhlak dan diredai Allah SWT. Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud;

“Apabila mati seorang anak Adam, terputuslah segala amalan (dari dia) kecuali tiga (kebaikan): Sedekah jariah (yang ikhlas), ilmu yang dimanfaatkan dan anak yang salih yang mendoakan (kebaikan) untuknya".


Oleh Ahmad Tarmizi Zakaria
Ikatan Muslimin Malaysia (ISMA)
Petaling Jaya (PJ)

AddThis Social Bookmark Button


Memori terindah...  

Friday, April 3, 2009

Kalau boleh , nak jadikan semua memori menjadi yang terindah...tapi boleh ker? Insyallah....

Jom tengok telatah haiqal dan haqimie ketika berjalan-jalan di Alam Sentral , Shah Alam.


Hahaha.. stroller pun kena share...tak per ni nak mengajar mereka supaya sentiasa sayang menyayangi dan ingat-mengingati, apa-apa hal pun kena sama-sama jangan asyik bergaduh jer..

AddThis Social Bookmark Button


Kisah tentang hobi....  

HObi???
Apa hobi korang?
Tak kisah lah apa pun hobi korang, yang penting ikut selera + citarasa masing2.

Dulu masa kecil banyak juga hobi/benda yang aku minat buat...

i) Kumpul Stem
Koleksi stem masa dulu banyak lah juga . Stem bermacam-macam rupa & bentuk . Last dengan minat ni bila buku stem HILANG kat sekolah..pastu dah serik dah nak kumpul lagi, frust menonggeng wooo ...dah benda yang kita sayang-sayang hilang..huhu.

Kenapa bawa kesekolah? Ni kes nak tukar-tukar stem ngan kengkawan la ni.nak mempelbagaikan koleksi lah katakan. Akhirnya putih mata, padan muka.

ii) Cipta Sajak.
Wow ..tak sangka jiwang gak aku ni yer. Tak kira masa dan tempat pantang di layan perasaan..huh berjela-jela madah dan pujangga. Pen + nota selalu jer kepit.

Bila hujan turun jer, memang kena cari port..tak hingat tu..layan perasaan ntah ampai mana2 . Tapi ok juga lah, adalah 2-3 kali hasil karya tukeluar kat majalah.(Majalah Apa Yer? Tak ingat pula namanya.tapi majalah untuk remaja lah _FOKUS kot) Riuh gak satu sekolah. Almaklumlah alamat pun guna alamat sekolah. Bangga lah kejap.


Hobi ni entah bila hilangnya,tak perasan pulak..sedar-sedar dah tak ada minat dah. Masa buat sajak ni selalunya aku "perah otak' cuba untuk menyelami erti kehidupan,apa yang telah dilalui oleh insan-insani, bagaimana mereka menangkis terjahan pelbagai dugaan , membayangkan kehidupan sempurna yang di idamkan...dan macam-macam keadaan lagi lah.

Tapi saat itu, hanyalah satu pemikiran dan penghayatan kepada situasi itu dan diungkapkan melalui ayat berbunga-bunga. Bila dah sampai masa untuk melaluinya dan menghadapi sendiri kehidupan sebenar, memanglah berbeza sekali.(Bagai langit dan bumi). Melaluinya lebih perit kerana kita akan merasa sekali kesakitanya.Bukan lagi sekadar andaian dan fikiran semata.tak terungkap rasannya. so cukuplah bermadah-madah...bersajak-sajak...Now welcome to the reality life...


iii) Hasil kerja tangan
Masa kecil dulu ingat lagi aku memang suka kacau barang2 Mengait ibu(crochete). Ibu pun surirumah sepenuh masa(=), bila ada masa terluang dia akan menyiapkan tempahan jiran-jiran untuk membuat cross stitch atau pun alas meja/tv/kusyen.

Tapi masa tu material terhad, untuk belajar suka2 tu memang tak cukup ler.so aku kira tumpang tengok dari jauh jer la.


Tapi bila aku dah besar dan ada duit sendiri, barulah aku melayan hobi ni. Ingat lagi ms study dulu sempat juga aku kerja part time ambil tempahan mengait ni. buat set alas kusyen , sarung bantal love dan sarung kotak tisue.ada lah juga buat tambah2 duit pocket.

Selepas ni tak tahu hobi baru apa lagi yang boleh aku cuba. Yang penting biarlah boleh menghasilkan pulangan yang menarik.

Rasanya mungkin juga aku boleh jadikan hobi aku sebagai satu kerjaya...ermm..nak kena pikir-pikirkan..

AddThis Social Bookmark Button


Telatah Haiqal Haqimie di usia 1 tahun 8 bulan  

Friday, March 27, 2009

Haiqal dan Haqimie kini dah pun berusia 1thn 8 bulan. Sekarang ni masing-masing dah mula tunjuk perangai. Setiap hari mesti ada yang akan menunjukkan sifat dominan. Tidak mahu mengalah dan nak lebih dari pasangan kembarnya. Kata orang selalunya adik-beradik kembar ini akan sentiasa bersama, (tapi mungkin pernyataan ini untuk kembar seiras kot) coz yang nyata nya haiqal dan haqimie selalu sahaja bergaduh maklumlah tak seiras. Diwajah mereka sentiasa menunjukkan perasaan tidak puas hati antara satu sama lain.


Tabiat Haiqal & Haqimie bila marah/merajuk.

(Ni gambar tahun lepas masa ni Haiqal dan kuat berdiri dan berjalan)

Sebelum ini, haiqal lah yang selalu menjadi mangsa dan terpaksa mengalah dari pada haqimie mahupun aiman. mungkin kerana walaupun haqimie lebih kecil daripadanya tetapi haqimie mendapat sokongan aiman yang lebih menyayangi haqimie daripada haiqal. (ini pun satu masalah juga). Pada waktu itu dalam apa juga aktiviti haiqal pasti tersingkir, dan sering menangis kerana diketepikan oleh adik dan abang nya. Tp sekarang tidak lagi, ternyata haiqal dah mula menunjuk belang. Bila sahaja kehendaknya tidak dituruti dia pasti akan melepaskan geramnya pada haqimie... tarik, tolak , ketuk, tampar tidak kira bagaimana cara yang penting hatinya puas. Dia tidak akan berhenti selagi tidak dijarakkan kedudukan mereka. Hinggalah berlaku pergaduhan tiga segi ,apabila aiman cuba meleraikannya..huhuhu. Kadang-kadang walaupun kes dan keadaan tidak ada kena-mengena langsung dengan haqimie.(memang pelik)

(Ni pula Haqimie masa ni kita kena bantu dia berdiri coz, masih tak kuat lagi)

Haqimie pun tidak kurang hebatnya.jika Haiqal main pukul, ketuk tampar, haqimie lebih suka main gigit dan cubit, kalau tak apa jua barang yang ada ditepinya akan menjadi senjata untuk mengenakan haiqal. Setiap masa rasanya lebih banyak pergaduhan daripada perdamaian.huhuhu.

Satu perangai yang paling merungsingkan apabila kehendak mereka tak dilayan dan tak dapat berpukulan sesama mereka, cara yang paling mudah diorang akan buat dengan menghantukkan kepala kedinding atau kelantai. Tak pun menjatuhkan badan mereka sesuka hati. Tak tahulah macam mana nak cakap... rasanya tak sanggup nak lihat telatah mereka macam ni selalu, kasihan melihat badan mereka yang masih kecil , mudah tercedera setiap hari. Hingga kadang-kadang tidak terlayan kita dibuatnya.

Biasanya perangai ini akan berubah dan bermusim, harap-harap lah keadaan ini tidak berterusan, jika tidak tak tahu lah di mana kesilapannya.

AddThis Social Bookmark Button