me & family

me & family

Followers

Saturday, November 24, 2012

Inilah satu perjuangan....



Bismillahirrahmanirrahim...

Menjadi ibubapa yang baik bukan satu anugerah semata-mata, tetapi sebaliknya sesuatu yang perlu dipelajari & dikuasai sepenuhnya. Kegagalan mahupun kejayaan seorang ibu bapa mungkin tidak dapat dilihat melalui sijil yang mampu digenggam tetapi dipertaruhkan sepenuhnya kepada kemampuan membentuk seorang anak dengan didikan yang sempurna dan menjadikannya insan yang cemerlang bukan sahaja didunia tetapi juga akhirat..

Sifat keibubapaan dalam  diri itu sendiri sebenarnya sentiasa dibayangi oleh pengalaman hidup kita sejak kecil lagi. Tanpa kita sedari perkara yang akan kita lakukan keatas anak kita adalah perkara yang biasa kita terima daripada ibubapa kita dahulu. Bertuah lah untuk ibubapa yang cepat tersedar dan mengambil kira baik dan buruk serta implikasinya pada diri sendiri sebelum mempraktikkannya pada anak-anak.

Persoalannya bilakah dan bagaimanakah kita belajar untuk menjadi ibu bapa yang baik?
Mungkin ada yang pernah menyiapkan diri dengan menghadiri mana-mana kursus keibubapaan.

Tetapi sebenarnya proses embelajaran telah pun bermula apabila ibubapa itu sendiri berada ditengah-tengah situasi dan telah pun dipertanggungjawabkan dengan amanah Allah yang digelar ANAK.Kita tidak akan tahu apa yang mungkin dapat kita pelajari, sehingga kita mampu menjadi pendengar dan pemerhati yang baik dan cuba untuk menyelami jiwa si kecil ini dengan sehalus-halusnya.

Setiap anak mempunyai pelbagai sifat dan ianya berbeza-beza, dan begitu juga cara untuk mendidik dan menangani permasalahannya. Setiap hari cabaran ibubapa akan bertambah, semakin kanak-kanak itu membesar ,semakin mereka terdedah pada dunia , maka semakin mencabarlah tugasan ibubapa.

Mahu atau tidak itu lah assignment yang perlu disiapkan oleh ibubapa dan pastinya perlu dihantar pada pemeriksa dan dipertanggungjawab di penghujung hari nanti.

Perkara yang amat penting dan kadang2 begitu susah untuk dilakukan oleh seorang ibubapa adalah bagaimana cara untuk mengawal emosi diri , terutamanya dihadapan anak-anak itu sendiri. Sebagai ibubapa kita kadang-kadang terlalu kerap mengambil tidakan bila melihat kesilapan anak dan tidak tahu bagaimana cara untuk menerangkan dan menjelaskan dengan baik.

Seperti yang kita tahu untuk mendidik anak, ibubapa itu sendiri perlu menjadi role model yang baik.

Persoalannya .Sudahkah kita bersedia untuk menjadi contoh yang baik untuk anak-anak kita?
(huhuhuhu)

Kadang-kadang sama ada sedar atau tidak guru yang terbaik untuk kita sebagai ibu bapa sebenarnya adalah anak itu sendiri. Kerana mereka lah yang yang mengajar kita untuk menjadi seorang yang penyabar dan
lebih tabah dari masa ke semasa, hanya dengan melayan kerenah mereka.

Kesimpulannya;
Mudah atau tidak perjalanan menjadi seorang ibubapa yang baik ini berbeza mengikut individu . Mungkin ada yang tidak mempunyai sebarang masalah atau langsung tak perasan jika ada masalah, tetapi untuk diri aku sendiri, terlalu banyak perkara yang perlu diperbetulkan dan masih terlalu banyak untuk dipelajari .

Semoga aku terus diberi kekuatan dan pimpinan untuk menjadi ibu yang baik. Sesusah mana pun laluannya harapan ku tetap sama ingin berjaya menjadi seorang ibu yang baik , ibu yang sentiasa diingati, ibu yang
sentiasa disayangi..seperti ibu kesayangan ku (Khadijah Abdul Hamid) dan dapat membesarkan anak-anak ku dengan didikan yang baik dan secukupnya. Amin3x insyallah..
(inilah satu perjuangan yang nyata)

No comments: