me & family

me & family
Lilypie Pregnancy tickers

Followers

Friday, April 18, 2008

Dugaan Tuhan.....

Agak lama juga blog ini tidak ber-update. Dalam beberapa minggu kebelakangan ini, kesihatan kami sekeluarga agak tidak memuaskan. Mula2 Haiqal (Mytwins-elder) demam,... takde selsema,takde batuk hanya demam. Panas selang 1 jam, ok sekejap, demam lagi, berlanjutan hingga beberapa hari.

Bawa gi klinik doktor kata takde apa. Cuma terjangkit dari somebody yang demam katanya. Ops! adik ipar baru je balik dari sabah dan demam, kebetulan pulak kita baru gi jalan-jalan kat Giant dan dia yang dukung Haiqal, of coz la Haiqal demam.(La... budak2 biasa ler antibodi tak kuat agaknya,).

Hari ke empat Haiqal dah ok, demam dah tak naik Haqimie pula yang demam, bawa gi jumpa doktor,dah tentulah terjangkit dari abang dia,(itu pun dah memang dijangka, even kita orang dah asingkan mereka), tambah lagi sorang demam huhuhu.

Selang berapa hari kemudian, Haqimie tak baik lagi Haiqal pula demam semula. 

kali ini agak teruk jugalah, hingga kan malamtu, kira-kira pukul 11.30 malam panas badan Haiqal naik tiba-tiba. Seperti biasa bagilah makan ubat, dah stock ubat memang banyak, kebetulan pula cold fever baru jer habis. Namun begitu Sewaktu baru berkira2 untuk membawanya ke klinik semula, tetiba jer muka Haiqal menjadi pucat dan dia mula menggigil, kuku2 nya turut pucat dan semakin lebam kebiruan, apa lagi!memang panik!!

Apa yang terlintas dikepala ketika itu, cuma  balut Haiqal dgn sweater , capai serkup pecut gi klinik(nasib baik la rumah takder la jauh sangat dgn klinik). Sampai kat klinik terus jer masuk bahagian emergency (ikut pintu belakang , masa tu pun dah kira potong line lah, almaklum lah kat klinik pun orang dah memang ramai.)

Dr. kata panas dah cecah 40 darjah! Astagfirullahalazim, cukup panik, cuma Dr nampak relaks jer? Dr suruh tanggalkan sweater, buka baju sikit lalu masukkan ubat kat punggung Haiqal. Selang beberapa second kemudian tetiba jer Haiqal muntah2, takper kata Dr dia tengah buang panas, masa tu baru lah suara Haiqal keluar dan mula menangis.Masa  tu dengan wajah yg masih panik ku peluk erat Haiqal sambil menahan sebak (nak nangis malu pulak dgn Dr. tu hehehe) dan ketika melangkah keluar dari pintu bilik, baru la terperasan, bnyk mata yg memerhatikan.Dah tu apalagi separuh berlari ku percepat kan langkah keluar dari kesesakan hehehe.. Kat kereta  Haqimie dah pun terlelap dlm pangkuan untie dia, syukurlah masa tu dia faham dan tak buat perangai , atau pun dah memang larut malam, (dah time tidur la ibu!Ops! dah 12.30am la..)

Saat tu memang tak kan dapat dilupa sampai bila2, rasanya tak sanggup untuk menghadapinya sekali lagi, membiarkan Haiqal dalam pelukan dengan wajah yang semakin layu memang amat menakutkan. Walaupun dah lama menjadi sorang ibu but inilah pertama kali melalui saat yang begitu getir sekali.

Dugaan belum berakhir , tidak cukup dengan itu Selang berapa hari kemudian Aiman (Abg sulong) pula yang demam, kali ni siap batuk dan selsema, badan asyik panas memanjang dan susah kebah, apa yang terlintas di kepala masa tu hanyalah letak cold fever di kepala dan badan sambil melumur air asam jawa, risau gak takut temperature terus naik. Dengan tak nak makan, asyik muntah2 jer memang mengharukan.


Lebih kurang 3 hari juga Aiman sakit, bila dah mula nampak perubahan, barulah ibunya pula jatuh sakit (nasib badan), mungkin juga terlalu letih dan tak cukup rehat.apa nak buat huhuhu. Sakit pulak siap batuk  dan selsema,  tak pasal-pasal anak yang dah sembuh ikut sakit semula ,(jangkitan) habis tu siapa lagi yang kena uruskan budak-budak ni, tidur malam pun semua nak berkepit, nak atau tidak satu rumah jatuh sakit semula, dengan abah dan untie dia sekali sakit.

Syukur alhamdulillah, hari ini, semua pun dah sihat, lepas dah satu ujian Tuhan, Dugaan sekecil itu pun rasa tak termampu untuk dihadapi, bagaimana agaknya jika dugaan yang besar? Astagfirullahalazim, Maha suci tuhan mudah2 han dijauhkan, dan jadikanlah hamba Mu ini dalam golongan orang2 yang bersabar.. Amin3x,