me & family

me & family
Lilypie Pregnancy tickers

Followers

Friday, December 21, 2012

Kad Hari Ibu yang Pertama

Alhamdulillah...
Kerana aku masih bisa belajar untuk menjadi ibu yang baik untuk anak-anakku. 
Sememangnya terlalu banyak perkara yang perlu diperbaiki, namun kehadiran dan kerenah mereka ini , menjadikan diri ini terus mencabar keupayaan sedia ada dan berusaha untuk cuba menyiapkan diri sebaiknya. (In shaa Allah....).Terasa masa berlalu begitu cepat, hinggakan kadang-kadang tanpa ku sedari mereka kini sudah semakin membesar. Sesungguhnya aku amat bersyukur kerana masih diizinkan Allah untuk memberikan kasih sayang untuk mereka dan sebaliknya masih dapat merasakan kasih sayang mereka untuk ku...(Alhamdulillah...)

Sekadar nak berkongsi, Hati ibu mana yang tak gembira bila anak mula memberikan penghargaan kan..walaupun hanya sekadar ucapan atau pun seperti kad ini..(hehehe) walaupun sebelum ini sebenarnya memang tidak pernah menyambut Hari Ibu.huhuhu....


~1st Kad Hari Ibu dari Aiman ~


" Selamat Hari Ibu...
Ibu saya pandai masak... 
Ibu saya pandai buat bunga guna benang... 
Ibu saya sangat sayang saya.. 
Selamat Hari Ibu......." 


hehehehe
ni pula statement yg sungguh menggelikan hati...(so pure thought)
"ibu saya pandai buat bunga guna benang.."
hahahaha....mentang2 lah dia tgk ibunya asyik mengadap benang..
so that's how he describe about his mom ..(so cute hehehe) 
Biarlah ia menjadi memori terindah dan di arkibkan dalam blog ini....hehehehe 

~ (^_*) ~ 

Saturday, November 24, 2012

Inilah satu perjuangan....



Bismillahirrahmanirrahim...

Menjadi ibubapa yang baik bukan satu anugerah semata-mata, tetapi sebaliknya sesuatu yang perlu dipelajari & dikuasai sepenuhnya. Kegagalan mahupun kejayaan seorang ibu bapa mungkin tidak dapat dilihat melalui sijil yang mampu digenggam tetapi dipertaruhkan sepenuhnya kepada kemampuan membentuk seorang anak dengan didikan yang sempurna dan menjadikannya insan yang cemerlang bukan sahaja didunia tetapi juga akhirat..

Sifat keibubapaan dalam  diri itu sendiri sebenarnya sentiasa dibayangi oleh pengalaman hidup kita sejak kecil lagi. Tanpa kita sedari perkara yang akan kita lakukan keatas anak kita adalah perkara yang biasa kita terima daripada ibubapa kita dahulu. Bertuah lah untuk ibubapa yang cepat tersedar dan mengambil kira baik dan buruk serta implikasinya pada diri sendiri sebelum mempraktikkannya pada anak-anak.

Persoalannya bilakah dan bagaimanakah kita belajar untuk menjadi ibu bapa yang baik?
Mungkin ada yang pernah menyiapkan diri dengan menghadiri mana-mana kursus keibubapaan.

Tetapi sebenarnya proses embelajaran telah pun bermula apabila ibubapa itu sendiri berada ditengah-tengah situasi dan telah pun dipertanggungjawabkan dengan amanah Allah yang digelar ANAK.Kita tidak akan tahu apa yang mungkin dapat kita pelajari, sehingga kita mampu menjadi pendengar dan pemerhati yang baik dan cuba untuk menyelami jiwa si kecil ini dengan sehalus-halusnya.

Setiap anak mempunyai pelbagai sifat dan ianya berbeza-beza, dan begitu juga cara untuk mendidik dan menangani permasalahannya. Setiap hari cabaran ibubapa akan bertambah, semakin kanak-kanak itu membesar ,semakin mereka terdedah pada dunia , maka semakin mencabarlah tugasan ibubapa.

Mahu atau tidak itu lah assignment yang perlu disiapkan oleh ibubapa dan pastinya perlu dihantar pada pemeriksa dan dipertanggungjawab di penghujung hari nanti.

Perkara yang amat penting dan kadang2 begitu susah untuk dilakukan oleh seorang ibubapa adalah bagaimana cara untuk mengawal emosi diri , terutamanya dihadapan anak-anak itu sendiri. Sebagai ibubapa kita kadang-kadang terlalu kerap mengambil tidakan bila melihat kesilapan anak dan tidak tahu bagaimana cara untuk menerangkan dan menjelaskan dengan baik.

Seperti yang kita tahu untuk mendidik anak, ibubapa itu sendiri perlu menjadi role model yang baik.

Persoalannya .Sudahkah kita bersedia untuk menjadi contoh yang baik untuk anak-anak kita?
(huhuhuhu)

Kadang-kadang sama ada sedar atau tidak guru yang terbaik untuk kita sebagai ibu bapa sebenarnya adalah anak itu sendiri. Kerana mereka lah yang yang mengajar kita untuk menjadi seorang yang penyabar dan
lebih tabah dari masa ke semasa, hanya dengan melayan kerenah mereka.

Kesimpulannya;
Mudah atau tidak perjalanan menjadi seorang ibubapa yang baik ini berbeza mengikut individu . Mungkin ada yang tidak mempunyai sebarang masalah atau langsung tak perasan jika ada masalah, tetapi untuk diri aku sendiri, terlalu banyak perkara yang perlu diperbetulkan dan masih terlalu banyak untuk dipelajari .

Semoga aku terus diberi kekuatan dan pimpinan untuk menjadi ibu yang baik. Sesusah mana pun laluannya harapan ku tetap sama ingin berjaya menjadi seorang ibu yang baik , ibu yang sentiasa diingati, ibu yang
sentiasa disayangi..seperti ibu kesayangan ku (Khadijah Abdul Hamid) dan dapat membesarkan anak-anak ku dengan didikan yang baik dan secukupnya. Amin3x insyallah..
(inilah satu perjuangan yang nyata)

Tuesday, May 11, 2010

Circular Needle

Knitting Project....

Knitting ni hobi aku selain dari cross stitch dan crochet, yang ni sebenarnya sulam kait guna dua jarum. Walaupun tidak lah terlalu mahir dengan advance teknik, tetapi ok lah..masih boleh menyiapkan shawl atau baby hat (just simple-simple projek gitu).

Baru-baru ni teringin nak buat baby hat, tp nak cari circular needle ni bukan mudah. kat area sini langsung tak jumpa, mungkin tiada permintaan kot untuk "knitting pin/needle" ni. Tapi setelah searching kat tenet terjumpa lah seorang teman yang berbesar hati membekalkan peralatan untuk knitting ni.

Akhirnya , dapat juga aku memiliki circular needle yang sudah lama ku idam kan hehehe.


beli secara online, dengan akak Hernik Widowati (lupa pulak web akak ni) nanti kena cari semula la ni., mula-mula tu ingat nak kena beli direct kat Indonesia. Tak sangka pulak akak ni ada cawangan kat Ampang, KL. so ok lah..esok2 senang nak cari material untuk knitting ni lagi. Tak der lah nak pening-pening kepala lepas ni.

 Ni size pilihan buat masa ni, plan nak buat baby hat, so gud luck for my craft life..hehehe..bulan ni rasanya boleh lah dikatakan bulan kraft untuk aku....:)

Saturday, April 10, 2010

Aktiviti Ibu

Aktiviti aku minggu ini lebih kepada menghasilkan kerja tangan kraf, apa lagi kalau bukan mengait (crochet). Nak kata terlalu lapang tu tak la juga , tetapi menyulam ni merupakan satu sesi terapi untuk diri bagi mengelakkan stress. Sekurang-kurangnya dapat  merehatkan kepala  dari memikirkan masalah-masalah yang banyak. Cuma mengait ni agak meletihkan juga. salah satu masalahnya adalah addicted. Kalau time 'hantu' mengait ni duk dalam badan memang asyik hingga susah nak 'stop'. Setidak-tidaknya sebelum project tu siap...heheheh..Tapi bila 'hantu' dah pergi nak siapkan 10cm tali air pun malas...hahahah. Sebenarnya crochet atau pun cross stitch sama je...dua2 hobi aku yang bermusim.

Cerita pasal crochet ni , baru-baru ni adalah singgah kat kedai jahit, beli benang kait , alhamdulillah jumpa juga benang Brand Minlon ni, almaklumlah sekarang ni brand ni dah hampir pupus. Brand terbaru di kedai jahit kat shah alam ni benang brand NONA, agak tebal sedikit berbanding Minlon, tetapi kalau dah tiada pilihan NONA pun NONA lah.....

Warna pilihan kali ni Brown (No. 61) dan White (No. 51).Nak bagi mix dua color ni, nampak macam menarik je. So nak tahu cantik atau tak siap prijek tu nanti baru boleh cakap.


Apa projek kali ni?.. erm tunggu...sedang berjalan dengan lancar :) .Dah siap nanti  gambar akan ku tempek kan kat sini. Tunggu......

Friday, April 9, 2010

Aktiviti anak-anak.

Alhamdulillah, anak2 dah semakin membesar, haiqal & haqimie semakin hari semakin petah bercakap, ada saja yang nak ditanya atau nak dicerita, :) kadang-kadang geli hati melihat telatah mereka ini. Aiman pula walaupun sudah berumur 5tahun tapi masih belum lagi dihantar ke tadika. Sebenarnya begitu banyak saranan dari kawan dan family, yang menggalakkan aiman di hantar ke tadika lebih awal. pada amnya memang itu lah yang terbaik, tetapi memandangkan ibu dan ayah menghadapi sedikit masalah, terpaksa lah aiman menunggu sehingga tahun depan sahaja. Insyallah tahun depan dengan twins dah 3tahun++ agak mudah untuk aku mula bergerak, setidak-tidaknya untuk menghantar atau mengambil aiman dari sekolah. Maklumlah, agak sukar untuk menyerahkan sepenuh tanggungjawab itu kepada abahnya, Mungkin agak susah bagi dia untuk berulang-alik dari tempat kerja semata-mata menguruskan perkara ini. Walaupun itulah kehendaknya.

Dan tanpa disedari tanggunjawab aku sebagai seorang ibu dicabar lagi. Walaupun aiman tak dapat bersekolah tahun ini,  aku tidak akan menyerah kalah, sekurang-kurangnya sebagai seorang ibu aku akan cuba melengkapkan kekurangan itu, walaupun aku terpaksa menjadi seorang cikgu (dirumah) . Alhamdulillah , aiman seorang anak yang bijak, aku tidak lah mahir sebagai seorang pendidik, dan memang tidak tahu procedur atau pendekatan yan terbaik untuk mengajar . Tetapi apa yang aku tahu aku telah mendedahkan dia cukup untuk mengenali setiap abjad melalui lagu-lagu Alphabet melalui CD atau pun You Tube. Setelah aiman dah cukup mengenali setiap Alphabet (capital letter) baru lah aku tekankan dari segi penulisan. Bukan mudah sebenarnya, perhatian , minat dan tumpuan hanya pada permulaan, aiman akan mula menunjukkan sikap bosan dan malas. Nak memastikan minatnya berterusan terpaksa lah aku memberi kredit untuk setiap hasil tulisan yang disiapkannya. seperti disekolah kertas kerjanya akan ditanda dan di bagi markah.... hehehe. baru lah dia berminat untuk tunjukkan hasilnya. Alhamdulillah, hari ini aiman dah tahu menulis ABC,abc mahupun 123. setelah dia melalui proses pertama yang sukar (ABC), proses seterusnya ternyata menjadi lebih mudah baginya.

Kalau dikira-kira dah masuk 3 bulan aku mendedahkan teknik penulisan ini dengannya, dan banyak perkara yang dia boleh tangkap dan fikir sendiri, walaupun belum sempat aku kenalkan, cthnya seperti nombor, sebenarnya cartoon Mickey Mouse, Dora, Go Diego Go dll, memang banyak membantu. Sebenarnya agak takut juga untuk bergerak ke proses seterusnya, yerlah kadang risau juga jika overload, kalau tak pun kadang tu ke-BZ-an aku dengan biz online tu menyebabkan terleka tentang aiman. Tetapi alhamdulillah, aiman terus bergerak, sehingga bila aku tersedar dia dah pun pandai menulis huruf-huruf itu bahkan mengenali setiap abjad , Dan yang langsung tak sempat aku ajar adalah nombor, entah macam mana dia dah pun mengenal nombor hingga ke seratus . Huhuhu terkedu aku dibuatnya.

Akhir-akhir ni minatnya telah pun beralih arah, dia mula mengalihkan perhatiannya kepada teknik mewarna, (mewarna dalam konteks ruang dan bukan menconteng). Masih ingat lagi aku ketika dia berumur 3 tahun aku telah mendedahkannya dengan kertas dan warna, kerana pada pandangan aku lebih mudah memulakan teknik pengajaran dengan mewarna, tetapi sebaliknya, apa yang berlaku dia hanya minat menconteng kertas., lantai dan dinding, hahahaha. tapi tidak kali ini, seperti hobinya membuat puzzle dia begitu tekun dan menghayati setiap objek yang diwarnakannya.

PUZZLE! sejauh mana ia membantu kanak-kanak. Memang agak pelik juga, bagaimana kanak-kanak begitu tertarik dengan aktiviti susun suai gambar ni (puzzle), disaat aku pening kepala mencari cantuman yang berikutnya, aiman begitu tangkas menyelesaikan nya dan siap menegur lagi kesilapan ibunya hehehe. Setiap masanya dipenuhi dengaan aktiviti ini. Siap je satu puzzle , simpan kejap ..pegi main. dalam 10 minit, (rehat kot) gi semula kat puzzle buka dan cantum lagi, begitulah gelagatnya, bangun pagi capai puzzle, begitu juga sebelum tidur malam. Tapi sekarang semua puzzle dah hilang , berterabur atas inisiatif adik-adiknya. Dan disebabkan malas nak mengurus puzzle yang selalu bersepah ibunya dah tak nak belikan lagi heheheh.

Pengajaran dan pembelajaran itu memang satu proses, sejauh mana kita menghayati nya tertakluk kepada minat. Bila ada minat kesungguhan untuk mencapai matlamat itu pasti ada. Tetapi sejauh mana pula usaha kita untuk menarik minat apatah lagi cuba mengekalnya di posisi utama , kerana kadang-kadang ada masa kebosanan melanda dan terfikir adalah lebih baik untuk tidak membuat apa-apa. Jika terleka ...?? memang amat merugikan. Dalam sedar tak sedar ..itulah sifat dan perangai ibunya yang kini dicontohi aiman. sejauh mana kah aku berjaya dalam hidup ini???....huhuhuhu, banyak perkara yang perlu diperbetulkan, agar anak-anak tidak mengikut jejak langkah aku yang silap. hehehehe.

Akan bersambung :- nak siap kan karipap dulu ..sarapan anak-anak untuk pagi esok :))

Wednesday, March 3, 2010

Sekadar Coretan...





Hari ni tetiba pula rasa nak menulis, ntah mengapa tapi akhir-akhir ni terasa diri ini amat keletihan, badan ni memang agak lemah, itulah kesilapan besar bila kurang beri perhatian pada diri sendiri  kan. saat-saat begini, motivasi amat  diperlukan, almaklumlah lemah bukan sekadar fizikal malahan emosi pun turut mengalami kemurungan . Seperti biasa aku bukanlah jenis yang bergantung pada medication, setakat minyak cap kapak tu lainlah tu dah jadi kemestian,(hehehe). Untuk proses pemulihan ni biasanya kenalah cari kata2 semangat yang boleh memberi dorongan kan. Bukannya tak mendapat sokongan dari orang disekeliling, tetapi selalunya tak semua orang memahami apa yang kita perlukan kan. lagilah kalau kita jenis memendamkan :). Depan family, member  buat cool jer..(tu la pasal)

Dapatkan Mesej Bergambar di Sini

"Anak itu Kupu-kupu Syurga


Baru2 ni terjumpa satu article yang diposkan oleh seorg formner kat Forum NG. Article tu memang menarik hingga kan aku terpanggil untuk menyimpannya di dalam blog ni sebagai pembakar semangat.

jom kita sama2 menghayatinya ......;

Anak Itu Kupu2 Syurga

Keistimewaan yang bakal diperoleh apabila anak-anak anda boleh digelar kanak-kanak atau kupu-kupu syurga. Barangsiapa yang mengembirakan anak perempuannya, darjatnya seumpama orang yang sentiasa menangis kerana takutkan Allah. Orang yang menangis takutkan Allah diharamkan oleh Allah akan api neraka ke atas tubuhnya.

Ciumlah anakmu kerana pahala setiap ciuman itu dibalas dengan satu darjat syurga. Nisbah di antara dua darjat ialah 500 darjat. Syurga itu ialah sebuah kampung kesenangan, tiada masuk ke dalamnya melainkan orang yang menyukai kanak-kanak.

Barangsiapa keluar ke pekan Muslim dan membeli barang-barang dan kembali ke rumah dengan buah tangan untuk anak-anaknya, nescaya mendapat rahmat daripada Allah dan tidak diseksa di Akhirat kelak.

Muliakan anak-anak dengan mengajar mereka adab dan ilmu agama. Barangsiapa memuliakan anak-anaknya dalam keadaan jahil dia turut menanggung tiap-tiap dosa yang dilakukan oleh anaknya itu dan barangsiapa membekalkan anaknya itu turut diperolehinya.

Aqrak pernah terlihat Nabi SAW mencium cucu baginda Hassan. Aqrak berkata; "Anakku sepuluh orang banyaknya, namun tiada seorang pun yang pernah aku cium." Sabda Nabi SAW; "Orang yang tidak menyayangi tidak pula akan disayangi."

Barangsiapa ke pasar dan membeli sesuatu barang untuk ahli keluarganya dan dia memikulnya ke rumah; pahalanya seperti dia memikul sedekah untuk orang yang sangat berhajat. Hendaklah mendahulukan anak perempuan daripada anak lelaki. Maka barangsiapa menyukakan anak perempuan seolah-olah dia memerdekakan anak Nabi Ismail.

Seorang lelaki bertanya; "Ya Rasulullah, kepada siapakah harus aku berbakti?"
Jawab baginda; "Berbaktilah kepada ibu bapamu."
Kata lelaki itu lagi; "Ibu bapaku sudah tiada lagi."
Sabda Nabi SAW; "Kalau begitu berbaktilah kepada anakmu, ibubapa berhak terhadap dirimu dan anakmu pula berhak ke atas dirimu."

Sunday, February 14, 2010

Tips melembutkan hati anak...

Mengikut perhatian dan pengalaman ku , kelincahan dan keaktifan kanak2 itu bermula di usia 2tahun. Kerana disaat ini anak-anakku ini agak sukar untuk dikawal , semuanya tengah aktif, lasak dari semua segi..(alhamdulillah, satu perkembangan yang baik) tapi tidak lah berharap untuk melihat mereka hyper-aktif, huhuhu..

Ketika menulis blog ni pun pun aku baru jer dekat2 nak sembuh dari demam teruk sejak beberapa hari yang lalu. Mungkin terlalu letih, kurang masa rehat, sedikit stress atau banyak (siapa tahu kan :)) . Apa pun diharap semuanya dah berakhir, berapa hari tak terlayan budak-budak ni, rumah dah jadi macam kandang kuda ( lebih kurang ler) bedak dah bersepah satu rumah, carpet yang dulu warna hijau dah bertukar putih dah..huhuhu.. (sukahati koranglah..)

Dan..sepatutnya..malam ini aku masih tidak layak untuk berjaga malam..kerana dikhuatiri demam akan datang lagi..hehehe..tapi tak per malam ni aku ambil sedikit masa, memandangkan tadi myhubby dah bagi banyak masa untuk berehat, so, curi masa sikit jer.

Tips melembutkan hati anak

ok lah kita kembali kepada tajuk, maklumat ni agak berguna dan teringin pula nak berkongsi dengan ibu-ibu diluar sana yang sudi singgah di blog mytwinshero ni.

Kita (Ibu bapa) digalakkan untuk membaca Surah Taha ayat 1-6 3x pada telinga anak semasa anak tidur 7hari berturut-turut..insyaAllah anak akan lembut hati dan mendengar kata..........

Doanya adalah seperti dibawah


 
[1] Taa' Haa  
[2] Kami tidak menurunkan Al-Quran kepadamu (wahai Muhammad) supaya engkau menanggung kesusahan  
[3] Hanya untuk menjadi peringatan bagi orang-orang yang takut melanggar perintah Allah  
[4] (Al-Quran) diturunkan dari (Tuhan) yang menciptakan bumi dan langit yang tinggi  
[5] Iaitu (Allah) Ar-Rahman, yang bersemayam di atas Arasy  
[6] Dia lah jua yang memiliki segala yang ada di langit dan yang ada di bumi serta yang ada di antara keduanya dan juga yang ada di bawah tanah basah di perut bumi


Surah taha adalah surah yang melemutkan hati Saidina Umar buat kali pertama ketika dia mendengar adiknya Fatimah membaca surah tersebut.

ayat ni pun salah satu alternatif...

"LAILAHAILALLAH SUBHANA HABIBI SYAHID"...

boleh jer baca berulang kali samada berhadapan dengannya atau dibelakangnya...

bukan sahaja untuk anak yang nakal,degil dan liar...juga untuk suami yang macam tu...
baca sambil mengacau air pun boleh...tiada bilangan khusus...boleh baca ulang2 kali..bila-bila masa

sama-samalah kita berusaha untuk mendidik anak kita menjadi anak-yang soleh , dan insan yang cemerlang di dunia dan akhirat.
Amin3x..(Semoga aku diberi kekuatan)

Thursday, November 5, 2009

ku terima Ujian Dari-Mu......

Anak-anak merupakan amanah Allah kepada setiap hamba-Nya.
Siapa pun kita memang bersyukur kerana telah di beri peluang untuk menjadi seorang ibu yang dapat mengandungkan, melahirkan dan kini akan membesarkan seorang insan baru yang bergelar anak.

Hakikat nya semua kita bersetuju... menjalankan amanah ini bukan la satu perkara yan mudah. Setiap hari emosi kita akan sentiasa di cabar ole kerenah anak-anak kita. (Dan itula dugaan/ujian dari Allah untuk insan yang bergelar ibu.......


Agak terpanggil untuk menulis hari ini setelah terbaca komen dari seorang teman yang sudi singgah ke blog ini ...(terima kasih). Saat ini teman ini tengah sarat mengandung anak kembar dan mungkin tengah berdebar2 menantikan saat-saat kelahiran...:D , apa pun kami sekeluarga mendoakan semoga teman kami selamat melalui detik-detik bersejarah ini dengan penuh kesabaran.

Persoalannya, bagaimanakah pengalaman yang dilalui seorang ibu dalam membesarkan anak kembar...??
perkara asas untuk jawapan di atas tidak lain dan tidak bukan adalah Bersedia dari segi fizikal dan Mental.
Tidak semua masa itu mudah.....kerenah mereka memang sentiasa menguji kesabaran. Sejak kecil hinggalah sekarang , sifat sering meminta perhatian lebih tetap ada, dan yang pastinya tidak ada seorang pun mahu mengalah. Pendek kata asyik nak berbalah/bergaduh jer huhuhu..

Kadang tu tak tahu nak buat apa. Hanya pasangan dia lah tempat dia nak lepas geram untuk semua benda yang dia tak puas hati. Tapi selalunya salah sorang mesti lebih dominan dari seorang lagi. Tak kira lah si abang ker atau si adik..lebih kurang bermusim lah.

Entah berapa kali agaknya aku Menitiskan airmata (huhuhu) kerana geram, letih, tension, simpati, tak sampai hati dan mcm2 lagi la perasaan yang menguji tahap kesabaran ku ini. Nasib baiklah abah sentiasa bagi sokongan kalau tak entah apa jadi.

Ada masa memang gelabah, terutama bila time sakit, lepas seorang menangis seorang lagi atau tak pun dua-dua serentak menangis, sampai tak tau nak buat apa, yang mana satu nak di dahulukan, sedangkan dua-dua tak nak orang lain nak ibu dia juga. Sebab tu bila mereka demam abah mesti kena ambil cuti..kalau tak memang langsung tak boleh buat apa-apa. Selalu the end of the day kita pun akan jatuh sakit gak.

Kat rumah ni memang budak2 ni kena makan scott emulsion , bagi antibodi diorg kuat. kalau boleh memang tak nak ambil risiko , jangan sampai budak2 ni sakit...huhuhuhu.

Itu cerita time diorng masih bayi, yang terbiasa nak kan perhatian, sekarang ni bila dah lasak tak habis-habis nak berebut tak kira lah barang mainan ker, bantal busuk ker, baju ker ada je lah yang tak puas hati. Kadang seorang buka tv, seorang gi tutup tv, dah jadi gaduh dah. Tapi dah budak-budak kan rasanya budak bukan kembar pun macam tu lah kerenahnya. Tapi tidak lah sampai semua perkara yang dibuat nak berebut macam budak berdua ni. Kata orang nak kena jarakkan kedudukan kalau tak, habislah badan budak2 ni luka bergigitan, benjol kepala kena ketuk barang permainan, sampai kadang tu memang tak sampai hati.

Bukan ibu dia je mengeluh aiman ni pun kadang2 sampai menangis geram sebab tak boleh nak leraikan adik dia...Sekarang dia dah tak kisah dah..kalau adik dia nangis..ibu atau abah pasti akan tanya "apsal adik tu..?" dia akan jawab dengan selamba "Haiqal buat Haqimie.."tak pun sebaliknya..Kadang bila dia malas nak layan adik2 dia ni , dia akan pegi main sorang2.

Cuma satu benda jer, kalau haiqal kena marah atau kena rotan, haiqimie pun akan nangis juga. Biarpun bukan dia yang kena marah. walaupun salah seorang dari mereka tengah tidur.

Memang diorang ni agak susah nak berdamai, tapi sifat membela mereka kuat antara satu sama lain. Kalau kita buat sesuatu dengan salah seorang dari mereka yang seorang lagi pasti menjerit marah. hehehe dia tak bagi pasangan dia disakiti orang lain. Begitu juga bila time merajuk, yang pujuk pasangan dia juga, ibu pun dia tak kan layan tau.

Dalam banyak-banyak pengalaman tu bukan semua nya teruk...Kadang-kadang kerenah diorang ni dengan sendirinya mengubat keletihan kita. terutama melihat gelagat2 mereka ni.

Macam Haqimie dia adik tapi dia tak nak mengaku yang dia adik. Dia lebiih suka memanggil haiqal adik. Bila dipaksa panggil abang baru dia panggil abang tapi jarang lah..selalu panggil nama jer. Kalau abang aimannya mahu pula dia panggil abang.

Kadang yang melucukan diorang ni selalu main tukar nama..kat rumah memang dibiasakan, ibu atau abah suka tanya "siapa ni?" so masing2 akan jawab nama masing2..Tapi kadang2 diorang tak nak guna nama sendiri. yang haiqal mengaku haqimie dan haqimie mengaku haiqal. Kadang pelik gak..diorang ni komfius ker dengan nama sendiri atau pun saje jer. Kadang bila kita sergah "Siapa?" baru lah diorang gelak dan sebut nama sendiri.

Ada masa terkena gak budak-budak ni, terutama bila ada yang buat benda yang tak betul, di tanya "siapa buat?" dia akan sebut nama sendiri padahal nak sebut nama yang seorang lagi . Yang kita ni, kadang bukan perasan pun terus jer marah last2 gelak sediri yer lah orang yang sepatutnya dimarah haqimie, ni gi marah haiqal . Abang aiman dia lah yang bising" ibu ni..bukan haiqal lah ....haqimie!!!"

Diorang ni pun kadang berpakat gak, berpakat menghambur, berpakat main air, berpakat lompat atas katil..nak buat benda mesti berdua, sekarang dah mula pandai mengadu, lagi lah menjadi-jadi, buat keje sama-sama tapi sekejap2 datang buat report, konon nak mengelak dari kena marah, tuduh member seorang tu yang buat..huhuhu.

Yang paling kelakar time makan, bagi pinggan seorang-seorang time nak menyuap haiqal akan ambil nasi dari pinggan haqimie dan haqimie pulak ambil dari pinggan haiqal..pelik betul. Jenuh juga nak mengajar diaorang makan kat pinggan masing2. Bila kita leka mula lah diorang buat lagi..

Kesimpulannya, perangai budak kembar ni memang begitu ,dalam diri mereka dah wujud sikap persaingan. Setiap masa pasti banyak perkara yang susah nak dijelaskan. Tugas kita sebagai ibu bapa nilah penting dalam membantu mereka mengurangkan sifat-sifat yang tak elok tu, kena ajar sifat saling sayang menyayangi, kalau boleh jangan sampai terpilih kasih.

Memang agak susah, agak sukar nak dibeza-bezakan kerana mereka mempunyai keperluan yang sama. Kalau antara Aiman dan adiknya , agak mudah nak bagi alasan, hanya cakap "sabar ye nak..bagi ibu urus adik dulu abang boleh tunggukan...".Biarpun Aiman akan tarik muka masam tapi kita yakin dia akan faham. Tapi tidak pada budak berdua ni, bila kita bagi alasan begitu, secara automatik dia akan salahkan pasangan dia, padanya mungkin kerana pasangannya lah yang menyebabkan apa yang dia nak tak dapat.

Ini lah sifat yang amat menakutkan dan menjadi satu cabaran yang besar bagi seorang ibu. Kerana apa yang sering berlaku seolah2 mereka akan meletakkan kesalahan seratus peratus kepada pasangan masing2 walaupun perkara tu tidak langsung bersangkutan. huhuhu..
Hanya kerana tidak menunaikan permintaan haqimie misalnya haiqal menjadi mangsa tempat melepaskan geram dan begitu sebaliknya.

So ibu2 diluar sana kenalah bersedia. Mungkin juga ia berbeza, tetapi, inilah pengalaman yang mungki akan anda hadapi nanti..Cara menangani masalah ini mungkin berbeza-beza, dan yang pastinya sebagai seorang ibu kita tetap tidak akan berhenti untuk terus belajar dan bersedia menghadapi pelbagai kemungkinan yang bakal tiba.

Note : Siapa yang sudi berkogsi pengalaman membesarkan baby kembar boleh email kan kepada ( v.ainie@yahoo.com) .

- huhuhu dah 6 pagi..baru nak gi tidur ni

Sunday, September 6, 2009

Puasa & Raya tahun ini 2009



Amin 3x.

Ramadhan datang lagi...Alhamdulillah..kerana masih berkesempatan untuk menyambut ramadhan pada tahun ini.

2 minggu sudah ramadhan berlalu, dengan ini secara rasminya 14hari sudah kita menjalankan ibadah puasa, Berapa hari lagi yang tinggal? dah pasti semakin dekat berakhirnya ramadhan semakin hampir pula denga syawal. Setiap tahun Syawal adalah hari yg paling mengharukan untuk ibu dan abah...huhuhu..Anak2 tak tahu.. nampaknya ni tahun ke 5 untuk ibu dan abah beraya diperantauan. Sehingga kan kadang lupa pula rasanya nikmat beraya ni . Abah hari raya ke dua dah kena keje..huhuhu..Kenapa tak pulang? Ekonomi tak mengizinkan, 5 tambang tiket kapal terbang nak kena beli, huhuhu...memang tak larat, nak balik pulak nak kena pegi 2 kampung...KK dan Tawau..memang agak keberatan.

Persiapan raya?? Rasa tahun ni ibu memang x der mood nak buat persiapan raya, nak kuar jalan2 pun risau..sehingga hari ini ibu sendiri tidak pasti apa perkembangan dunia kat luar...agak2 dah dua bulan tak kuar rumah.. boring?? memanglah boring, cuma demi keselamatan anak2 terpaksa lah terperap kat rumah. Lagipun bukan ibu jer pun yang boring, anak2 pun sama gak..ciannya.. Abah memang tak nak ambil risiko, memandangkan pengalaman haiqal & haqimie ni mudah sakit, lagipun seorang jer sakit pasti satu rumah berjangkit. Abah memang tak nak itu berlaku, so terpaksalah semua urusan yang melibatkan luar rumah dia yang buat. Lebih kepada kes kuarantin la ni ye...

Huhuhu...bila lah wabak H1N1 ni berakhir.....

Apa pun ibu doakan biarlah Hari Raya tahun ni bermakna untuk kita semua...terutama nya kepada anak2 ibu yang baru mengenal dan belajar berpuasa, biarlah mereka tahu nikmat beraya pula kan..tahniah untuk anak ibu Aiman, yang mahu belajar puasa, walaupun setengah hari je..
Nasib baik lah ada cerita Upin & Ipin mengenai bab puasa ni senang ckit nak terangkan kat budak-budak ni,..agak2 si kembar ni tahun depan dah boleh ajar kot,huhuhu..

Apa pun start hari ni dah kena planning untuk persiapan raya biarpun tiada mood...huhuh




Dapatkan Mesej Bergambar di Sini

Saturday, August 1, 2009

Kenangan Bersama Atuk & Nenek Ter...SAYANG!!

Wah...sedar tak sedar dah 2tahun dah Haiqal & Haqimie ye.....yang sedihnya mereka berdua masih belum berkesempatan untuk menjejakkan kaki ke kampung halaman ibu dan abahnya.
So, kebetulan pula Acik Deni kat JB Tauliah PALAPES (bulan June lepas), dengan sifat murah hati Acik Deni, atuk dan nenek diterbangkan ke semenanjung, dapatlah singgah gak kat shah alam melawat cucu2nya.



Ni kenangan bersama atuk...tak sempat nak gi mana2..atuk datang kejap jer..lagipun banyak tempat atuk nak pegi lagi..misi utama atuk dah tentu kat JB, lepas tu nak lawat acik yang study kat kelantan pula, memang tak cukup masa. Tapi tak per...biarpun sekejap amat puas hati..sebab ibu pun dah tak balik hampir 4 thn..huhuhu...boleh lah mengubat rindu kan...Tapi kecian kat abah sebab atuk belah abah tengah sakit ni....keluar masuk hospital hampir 2 tahun dah..dan abah masih tak dapat nak balik kampung..


Wednesday, July 29, 2009

sepatah kata dari ibu yang sibuk..huhuhu..

adusss...akhir2 ni memang agak sibuk...
sehingga tak berkesempatan langsung nak menjenguk blog mytwinshero ni..
Anyway, salam perkenalan untuk semua yang sudi menjengah yer....buat mummies yang nak exchange link tu , sy dah update...Ku pohon maaf atas keterlewatan ye..

Anak2 semua sihat... alhamdulillah..ni tengah mengira waktu , hanya beberapa hari sahaja lagi mytwins menjangkau ke usia yang baru..{2 tahun}. tak sangka dah besar dah budak2 ni...
Agak lama juga tak bercerita mengenai mereka ni yer... Memandangkan budak2 ni dah besar, dah boleh berkejar2, maka seperti yang telah dijangka..riuh-rendah lah rumah dibuatnya..tak mengira waktu.., dah adat lah tu..kalau tak buat ibu dia menjerit , memang tak puas hati...huhuhu sabar je la..dah kerenah budak2 macam ni lah agaknya..

Haqimie si kecil ibu dah pun pandai berlari, melompat dan yg paling petah bercakap. Memang sebelum ini ibu dan abah terlalu risaukan haqimie, perkembangannya terlalu lambat berbanding haiqal. sewaktu haiqal dah belajar berjalan dan melompat haqimie masih lagi berjalan menggunakan lutut. Begitu juga ketika haiqal sudah petah memanggil "abah" dan mengajuk percakapan orang lain haqimie masih lagi membisu,..ini membuatkan mereka kelihatan berbeza.

Ternyata, setelah masanya tiba.. haqimie kelihatan lebih cepat menangkap apa yang tertinggal bahkan lebih laju sehingga meninggalkan haiqal dibelakang. Kini baru berdiri sama tinggi, duduk sama rendah. ternyata haqimie lebih aktif berbanding haiqal. Kini turn dia pula mendahului.

Cuma yang masih tidak berubah adalah sifat mereka yang masing-masing tak mahu kalah. Ibu langsung tak boleh leka, kena hati2 jangan sampai TER-pilih kasih huhuhu... semua benda kena sama , dan kena adil..kalau tak..bila pakai baju.., yang adik nak baju yang abg dia pakai. nak main pun sama, apa yang adik pegang, itu yang abang nakjuga, yang paling kelakar bila time makan ibu akan bagi 2 pinggan asing2, so adik bila nak ambil nasi dia akan ambil kat pinggan abang dia, macam tu lah sebaliknya..kadang2 bagi jer sepinggan biar diorg berebut2 kat situ.. tp time macam ni masing2 berebut nak makan lauk jer..

Kesimpulannya kalau barang tu haiqal punya kena lah bagi haqimie kan..so kalau barang utk haqimie kena bagi kat haiqal.. bila tanya siapa bijak atau siapa hensem..masing2 boleh pulak sebut nama sendiri..tapi bila dah sepah2 kan mainan, atau tumpahkan air, bila tanya siapa yang buat? haiqal akan kata haqimie..haqimie akan kata "aban..." atau " nda tau... " huhuhu.....

Time tidur kena pastikan biar mereka tidur serentak..kalau tak bila si abang tidur si adik mula lah x senang duduk.dia pasti akan kenakan abang dia, dia akan naik di atas si abang yang lena, tarik telinga, tarik rambut, ikut suka hati dia..Si abang pun sama. So bagiamana huru-haranya mengatur budak2 kembar ni...sendiri mau ingatla..

Bagaimana pula dengan Abang besar dia ?? (Aiman)..aiman sekarang ni sibuk dengan puzzle dia. (abah ada belikan puzzle ultraman dan power rangers- ala yang pilih pun dia juga). Tulah aktivitinya, sekejap pasang, sekejap buka..rehat jap n buat lagi..pastu kejap2 kira lori yang lalu lalang kat luar..exited benar nampak lori atau mana2 jentera berat. Kalau kereta tak heran pulak dia.... Time dia buat puzzle x der sape boleh kacau..time dia nak main..adik dia tak nak join pun kena paksa...macam2 perangai. Kat bawah ni karakter2 cartoon pilihan budak2 ni.. sebelum ni ibu pun kena guna wallpaper kungfu panda, mickey mouse, tom & jerry...semua ni pilihan mereka..lastly ibu dah x nak letak gambar cartoon. Diorng ni rajin benar nak jadi hacker...siaplah computer ibu....

ok lah rasa cukup dulu lah setakat ni..gambar banyak tak sempat nak upload lagi..nanti ada masa baru boleh buat..sekarang ni masih sibuk dengan biz-on9..dahlah beberapa bulan ni web asyik ada problem jer...harap2 dekat raya ni semua nya berjalan lancar..bolehlah cari duit raya utk budak2 ni..

huhuhu...

Wednesday, May 6, 2009

"Selamat Hari Ibu"

Orang kata aku lahir dari perut mak..
(bukan org kata...memang betul)

Bila dahaga, yang susukan aku....mak
Bila lapar, yang suapkan aku....
mak
Bila keseorangan, yang sentiasa di sampingku.. ..
mak
Kata mak, perkataan pertama yang aku sebut....
Mak
Bila bangun tidur, aku cari....
mak
Bila nangis, orang pertama yang datang ....
mak
Bila nak bermanja, aku dekati....
mak
Bila nak bergesel, aku duduk sebelah....
mak
Bila sedih, yang boleh memujukku hanya....
mak
Bila nakal, yang memarahi aku....
mak
Bila merajuk, yang memujukku cuma....
mak
Bila melakukan kesalahan, yang paling cepat marah....
mak
Bila takut, yang tenangkan aku....
mak
Bila nak peluk, yang aku suka peluk....
mak
Aku selalu teringatkan ....
mak
Bila sedih, aku mesti talipon....
mak
Bila seronok, orang pertama aku nak beritahu.....
mak
Bila bengang.. aku suka luah pada..
mak
Bila takut, aku selalu panggil...
"mmaaakkkk! "
Bila sakit, orang paling risau adalah....
mak
Bila nak exam, orang paling sibuk juga....
mak
Bila buat hal, yang marah aku dulu....
mak
Bila ada masalah, yang paling risau....
mak
Yang masih peluk dan cium aku sampai hari ni..
mak
Yang selalu masak makanan kegemaranku....
mak
kalau balik ke kampung, yang selalu bekalkan ulam & lauk pauk.....
mak
Yang selalu simpan dan kemaskan barang-barang aku....
mak
Yang selalu berleter kat aku...
mak
Yang selalu puji aku....
mak
Yang selalu nasihat aku....
mak
Bila nak kahwin..Orang pertama aku tunjuk dan rujuk.....
mak

Aku ada pasangan hidup sendiri....


Bila seronok, aku cari....pasanganku
Bila sedih, aku cari....
mak

Bila berjaya, aku ceritakan pada....pasanganku
Bila gagal, aku ceritakan pada....
mak

Bila bahagia, aku peluk erat....pasanganku
Bila berduka, aku peluk erat....
emakku

Bila nak bercuti, aku bawa....pasanganku
Bila sibuk, aku hantar anak ke rumah....
mak

Bila sambut valentine.. Aku bagi hadiah pada pasanganku
Bila sambut hari ibu...aku cuma dapat ucapkan "Selamat Hari Ibu"


Selalu.. aku ingat pasanganku

Selalu.. mak ingat kat aku

Bila-bila... aku akan talipon pasanganku
Entah bila... aku nak talipon
mak

Selalu...aku belikan hadiah untuk pasanganku
Entah bila... aku nak belikan hadiah untuk
emak

Renungkan:

"Kalau kau sudah habis belajar dan berkerja... bolehkah kau kirim wang untuk mak?
mak bukan nak banyak... lima puluh ringgit sebulan pun cukuplah".

Berderai air mata jika kita mendengarnya........


Tapi kalau mak sudah tiada.....
.....
MAKKKKK...RINDU MAK.... RINDU SANGAT....




Berapa ramai yang sanggup menyuapkan ibunya....
berapa ramai yang sanggup mencuci muntah ibunya.....
berapa ramai yang sanggup mengantikan lampin ibunya.....
berapa ramai yang sanggup membersihkan najis ibunya.......
berapa ramai yang sanggup membuang ulat dan membersihkan luka kudis ibunya....
berapa ramai yang sanggup berhenti kerja untuk menjaga ibunya.....

dan akhir sekali berapa ramai yang sembahyang JENAZAH ibunya......

Seorang anak mendapatkan ibunya yang sedang sibuk menyediakan makan malam di dapur lalu menghulurkan sekeping kertas yang bertulis sesuatu. Si ibu segera mengesatkan tangan di apron menyambut kertas yang dihulurkan oleh si anak lalu membacanya.Kos upah membantu ibu:

1) Tolong pergi kedai : RM4.00
2) Tolong jaga adik : RM4..00
3) Tolong buang sampah : RM1.00
4) Tolong kemas bilik : RM2.00
5) Tolong siram bunga : RM3.00
6) Tolong sapu sampah : RM3.00
Jumlah : RM17.00

Selesai membaca, si ibu tersenyum memandang si anak sambil sesuatu berlegar-legar si mindanya. Si ibu mencapai sebatang pen dan menulis sesuatu di belakang kertas yang sama.

1) Kos mengandungkanmu selama 9 bulan - PERCUMA
2) Kos berjaga malam kerana menjagamu - PERCUMA
3) Kos air mata yang menitis keranamu - PERCUMA
4) Kos kerunsingan kerana bimbangkanmu - PERCUMA
5) Kos menyediakan makan minum, pakaian, dan keperluanmu -PERCUMA
Jumlah Keseluruhan Nilai Kasihku - PERCUMA


Air mata si anak berlinang setelah membaca apa yang dituliskan oleh siibu. Si anak menatap wajah ibu,memeluknya dan berkata,

"Saya Sayangkan Ibu". Kemudian si anak mengambil pen dan menulis "Telah Dibayar" pada mukasurat yang sama ditulisnya.

"Jika kamu menyayangi ibumu, "forward"kanlah Email ini kepada sahabat- sahabat anda.

Monday, April 6, 2009

Ibu Bapa Prihatin Tentukan Hala Tuju Anak

Yang ni some note yang diambil dari http://ismaweb.net/v2/Article188.html untuk renungan

Ibu Bapa Prihatin Tentukan Hala Tuju Anak

HARAPAN menggunung sering diletakkan ke atas remaja supaya mereka menjadi pemuda pemudi yang dapat menerajui pucuk pimpinan dan mampu mengharumkan nama negara di arena antarabangsa. Namun begitu, pembabitan mereka dalam gejala sosial hari ini amat membimbangkan.


Selain faktor persekitaran, situasi kekeluargaan di rumah juga turut menyumbang kepada perlakuan jenayah di kalangan remaja. Sebagai contoh, remaja daripada keluarga yang miskin akan tertarik kepada benda yang mahal dan berjenama yang dimiliki oleh rakan mereka yang berkemampuan seperti telefon bimbit dan pakaian berjenama.

Mereka memahami bahawa mereka tidak mampu memiliki barang-barang itu. Dengan itu, mereka akan melakukan jenayah bagi mendapatkan barang terbabit sama ada dengan mencuri wang atau mencuri terus dari kedai atau pasar raya.

Remaja daripada keluarga porak-peranda terdorong melakukan jenayah. Ia mungkin didorong tabiat negatif yang dilakukan ibu bapa seperti minum arak, judi, penagihan dadah, mencuri dan seks bebas.

Kelakuan ibu bapa panas baran dan sering kali memukul anak juga akan menyebabkan remaja itu menjadi ganas dan lahirlah gejala seperti gangsterisme, buli dan sebagainya.

Pengawasan keluarga yang terlalu ketat juga boleh mengakibatkan remaja terjerumus dalam jenayah.

Dalam situasi ini, remaja cuba melepaskan dirinya daripada kongkongan itu dengan pelbagai cara termasuk bergaul bebas dengan rakan di luar sebagai menyatakan perasaan tidak puas hati mereka terhadap ibu bapa.

Bagi remaja, kebebasan diri amat penting kerana beranggapan diri mereka telah dewasa. Lebih teruk lagi, kegiatan anti sosial seperti perlanggaran undang-undang ditafsirkan sebagai suatu kegiatan yang memberi kepuasan dalam hidup mereka. Maka lahirlah aktiviti lumba haram atau lebih popular dengan istilah mat rempit.

Mendidik anak-anak terutama remaja di zaman ini sememangnya amat mencabar dan memerlukan ilmu keibubapaan yang tinggi bagi memastikan anak-anak terdidik dengan betul dan menjadi anak yang salih. Pada masa sama, remaja juga perlu menguasai pelbagai ilmu dan kemahiran terkini serba canggih yang hanya boleh didapati di luar rumah.

Hakikatnya, anak-anak itu dilahirkan dalam keadaan bersih (fitrah). Ia akan menjadi seorang yang salih apabila mendapat pendidikan yang baik. Sebaliknya jika dia hidup membesar dalam suasana keluarga yang terpesong dan menyeleweng dia juga turut terpesong dan menyeleweng seperti sabda Rasulullah SAW yang bermaksud;

“Setiap anak itu dilahirkan dalam keadaan bersih (fitrahnya) maka kedua ibu bapanyalah yang menjadikannya Yahudi, Nasrani atau Majusi” (Muttafaqun 'Alaih)

Islam memandang berat urusan mendidik anak serta menggesa supaya mencari sebab, nilai serta persekitaran yang baik untuk menjamin terlaksananya tarbiah atau pendidikan yang baik. Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud;

“Seseorang yang mendidik anaknya (dengan baik) adalah lebih baik dari bersedekah dengan secupak” (Diriwayatkan oleh Al-Tirmizi).

Walaupun mungkin terlewat bagi ibu bapa untuk menerapkan pendidikan yang sewajarnya untuk anak mereka sejak kecil lagi, masih ada masa untuk kembali memberi bimbingan sekalipun anak mereka melangkah ke usia remaja. Ini adalah melalui pendidikan yang dibentuk melalui semangat kekeluargaan yang dibentengi oleh syariat Islam. Antaranya adalah;

1) Tunjukkan contoh teladan baik.

Sebelum mengajak anak melakukan kebaikan, ibu bapa perlu terlebih dahulu mengenali sifat yang ada pada diri mereka. Ini bagi memastikan keperibadian ditunjukkan itu selari atau sejajar dengan pendidikan yang ingin diberikan.

Remaja tidak mempersoalkan segala suruhan dan nasihat ibu bapa andainya ibu bapa mereka juga berbuat demikian.

Remaja amat menghargai jika pandangan mereka turut didengari berbanding hanya mereka yang perlu mendengar pandangan ibu bapa. Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud; “Tidak ada satu pemberian bapa terhadap anak-anak yang lebih dari adab yang mulia.”

2) Memperuntukkan masa berbual dan adakan perbincangan keluarga.

Ibu bapa perlu memperuntukkan masa yang secukupnya untuk berinteraksi sesama anggota keluarga. Kesibukan kerja atau tugas tidak seharusnya menjadi alasan bagi ibu bapa untuk meluangkan masa bersama anak-anak. Bukankah anak-anak juga berhak untuk mendapat perhatian yang lebih dari ibu bapanya sendiri? Peluang sebegini dapat membuka ruang untuk saling mengenali tentang sikap masing-masing, mempererat hubungan serta dapat menjalinkan perasaan kasih sayang antara ibu bapa dan remaja.

3) Bersedia untuk mendengar.

Kebanyakan ibu bapa hanya tahu menyuruh atau memerintah tanpa mempedulikan perasaan atau pendapat anak mereka. Sikap sebegini akan menutup peluang remaja mendekati ibu bapa mereka. Lebih-lebih lagi jika ditambah dengan sikap garang atau bengis yang pasti menimbulkan rasa takut dalam diri remaja.

Sebagai contoh, jika ada perkara yang dilakukan oleh remaja yang tidak disenangi ibu bapa, mereka perlu terlebih dahulu memberi peluang kepada remaja untuk memberi penjelasan apa yang mereka lakukan. Selanjutnya barulah memberikan nasihat dan tunjuk ajar secara lemah-lembut dan berhikmah.

4) Mengambil tahu masalah.

Sikap mengambil tahu masalah akan membuatkan anak remaja berasakan diri mereka sentiasa diambil berat oleh ibu bapa. Sikap sebegini juga akan dapat mengelakkan remaja daripada mengajukan masalah mereka kepada pihak lain seperti rakan, jiran dan sebagainya.

5) Menjelaskan sebab bagi setiap tindakan yang dibuat.

Remaja sentiasa ingin tahu mengenai apa berlaku di sekelilingnya. Ini termasuklah segala ucapan dan tindakan yang lahir dari ibu bapanya.

Segala suruhan dan larangan dari ibu bapa perlu disertakan dengan sebab dan alasan agar ianya boleh diterima baik oleh remaja. Walaupun pada hakikatnya segala suruhan dan larangan ibu bapa itu demi untuk kebaikan anak mereka, bagi remaja amat penting sebagai pengukuhan terhadap apa yang dikehendaki oleh ibu bapa terhadapnya.

6) Memberi peluang untuk membuat keputusan.

Dalam usaha ibu bapa memberi tunjuk ajar yang terbaik terhadap anak remaja mereka, satu perkara yang harus ditekankan ialah memberikan mereka ruang untuk membuat keputusan. Daripada sini, dapat melatih mereka supaya berdikari dan mampu mencorak sendiri masa depan yang ingin mereka capai tanpa mengetepikan bimbingan dan nasihat yang berterusan dari ibu bapa.

Lebih efektif, mereka perlu digalakkan menetapkan sendiri matlamat hidup ingin dicapai dan seterusnya menggariskan keutamaan serta menjadualkan waktu mereka untuk mencapai matlamat itu.

7) Menerapkan nilai keagamaan dan kerohanian di rumah.

Nilai keagamaan adalah perkara asas dalam kehidupan. Amalan seperti solat berjemaah, memberi salam, berdoa bersama-sama dan membaca al-Quran dapat membentuk sebuah keluarga yang salih dan diberkati Allah.

Walaupun sibuk mencari rezeki di luar, ibu bapa perlu memberi perhatian serius terhadap didikan agama kerana hanya dengan didikan agama dapat memelihara anak remaja mereka daripada terjerumus ke lembah jenayah dan maksiat. Ini seterusnya menjamin kesinambungan generasi yang berakhlak dan diredai Allah SWT. Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud;

“Apabila mati seorang anak Adam, terputuslah segala amalan (dari dia) kecuali tiga (kebaikan): Sedekah jariah (yang ikhlas), ilmu yang dimanfaatkan dan anak yang salih yang mendoakan (kebaikan) untuknya".


Oleh Ahmad Tarmizi Zakaria
Ikatan Muslimin Malaysia (ISMA)
Petaling Jaya (PJ)

Friday, April 3, 2009

Memori terindah...

Kalau boleh , nak jadikan semua memori menjadi yang terindah...tapi boleh ker? Insyallah....

Jom tengok telatah haiqal dan haqimie ketika berjalan-jalan di Alam Sentral , Shah Alam.


Hahaha.. stroller pun kena share...tak per ni nak mengajar mereka supaya sentiasa sayang menyayangi dan ingat-mengingati, apa-apa hal pun kena sama-sama jangan asyik bergaduh jer..

Kisah tentang hobi....

HObi???
Apa hobi korang?
Tak kisah lah apa pun hobi korang, yang penting ikut selera + citarasa masing2.

Dulu masa kecil banyak juga hobi/benda yang aku minat buat...

i) Kumpul Stem
Koleksi stem masa dulu banyak lah juga . Stem bermacam-macam rupa & bentuk . Last dengan minat ni bila buku stem HILANG kat sekolah..pastu dah serik dah nak kumpul lagi, frust menonggeng wooo ...dah benda yang kita sayang-sayang hilang..huhu.

Kenapa bawa kesekolah? Ni kes nak tukar-tukar stem ngan kengkawan la ni.nak mempelbagaikan koleksi lah katakan. Akhirnya putih mata, padan muka.

ii) Cipta Sajak.
Wow ..tak sangka jiwang gak aku ni yer. Tak kira masa dan tempat pantang di layan perasaan..huh berjela-jela madah dan pujangga. Pen + nota selalu jer kepit.

Bila hujan turun jer, memang kena cari port..tak hingat tu..layan perasaan ntah ampai mana2 . Tapi ok juga lah, adalah 2-3 kali hasil karya tukeluar kat majalah.(Majalah Apa Yer? Tak ingat pula namanya.tapi majalah untuk remaja lah _FOKUS kot) Riuh gak satu sekolah. Almaklumlah alamat pun guna alamat sekolah. Bangga lah kejap.


Hobi ni entah bila hilangnya,tak perasan pulak..sedar-sedar dah tak ada minat dah. Masa buat sajak ni selalunya aku "perah otak' cuba untuk menyelami erti kehidupan,apa yang telah dilalui oleh insan-insani, bagaimana mereka menangkis terjahan pelbagai dugaan , membayangkan kehidupan sempurna yang di idamkan...dan macam-macam keadaan lagi lah.

Tapi saat itu, hanyalah satu pemikiran dan penghayatan kepada situasi itu dan diungkapkan melalui ayat berbunga-bunga. Bila dah sampai masa untuk melaluinya dan menghadapi sendiri kehidupan sebenar, memanglah berbeza sekali.(Bagai langit dan bumi). Melaluinya lebih perit kerana kita akan merasa sekali kesakitanya.Bukan lagi sekadar andaian dan fikiran semata.tak terungkap rasannya. so cukuplah bermadah-madah...bersajak-sajak...Now welcome to the reality life...


iii) Hasil kerja tangan
Masa kecil dulu ingat lagi aku memang suka kacau barang2 Mengait ibu(crochete). Ibu pun surirumah sepenuh masa(=), bila ada masa terluang dia akan menyiapkan tempahan jiran-jiran untuk membuat cross stitch atau pun alas meja/tv/kusyen.

Tapi masa tu material terhad, untuk belajar suka2 tu memang tak cukup ler.so aku kira tumpang tengok dari jauh jer la.


Tapi bila aku dah besar dan ada duit sendiri, barulah aku melayan hobi ni. Ingat lagi ms study dulu sempat juga aku kerja part time ambil tempahan mengait ni. buat set alas kusyen , sarung bantal love dan sarung kotak tisue.ada lah juga buat tambah2 duit pocket.

Selepas ni tak tahu hobi baru apa lagi yang boleh aku cuba. Yang penting biarlah boleh menghasilkan pulangan yang menarik.

Rasanya mungkin juga aku boleh jadikan hobi aku sebagai satu kerjaya...ermm..nak kena pikir-pikirkan..

Friday, March 27, 2009

Telatah Haiqal Haqimie di usia 1 tahun 8 bulan

Haiqal dan Haqimie kini dah pun berusia 1thn 8 bulan. Sekarang ni masing-masing dah mula tunjuk perangai. Setiap hari mesti ada yang akan menunjukkan sifat dominan. Tidak mahu mengalah dan nak lebih dari pasangan kembarnya. Kata orang selalunya adik-beradik kembar ini akan sentiasa bersama, (tapi mungkin pernyataan ini untuk kembar seiras kot) coz yang nyata nya haiqal dan haqimie selalu sahaja bergaduh maklumlah tak seiras. Diwajah mereka sentiasa menunjukkan perasaan tidak puas hati antara satu sama lain.

Tabiat Haiqal & Haqimie bila marah/merajuk.

(Ni gambar tahun lepas masa ni Haiqal dan kuat berdiri dan berjalan)

Sebelum ini, haiqal lah yang selalu menjadi mangsa dan terpaksa mengalah dari pada haqimie mahupun aiman. mungkin kerana walaupun haqimie lebih kecil daripadanya tetapi haqimie mendapat sokongan aiman yang lebih menyayangi haqimie daripada haiqal. (ini pun satu masalah juga). Pada waktu itu dalam apa juga aktiviti haiqal pasti tersingkir, dan sering menangis kerana diketepikan oleh adik dan abang nya. Tp sekarang tidak lagi, ternyata haiqal dah mula menunjuk belang. Bila sahaja kehendaknya tidak dituruti dia pasti akan melepaskan geramnya pada haqimie... tarik, tolak , ketuk, tampar tidak kira bagaimana cara yang penting hatinya puas. Dia tidak akan berhenti selagi tidak dijarakkan kedudukan mereka. Hinggalah berlaku pergaduhan tiga segi ,apabila aiman cuba meleraikannya..huhuhu. Kadang-kadang walaupun kes dan keadaan tidak ada kena-mengena langsung dengan haqimie.(memang pelik)

(Ni pula Haqimie masa ni kita kena bantu dia berdiri coz, masih tak kuat lagi)

Haqimie pun tidak kurang hebatnya.jika Haiqal main pukul, ketuk tampar, haqimie lebih suka main gigit dan cubit, kalau tak apa jua barang yang ada ditepinya akan menjadi senjata untuk mengenakan haiqal. Setiap masa rasanya lebih banyak pergaduhan daripada perdamaian.huhuhu.

Satu perangai yang paling merungsingkan apabila kehendak mereka tak dilayan dan tak dapat berpukulan sesama mereka, cara yang paling mudah diorang akan buat dengan menghantukkan kepala kedinding atau kelantai. Tak pun menjatuhkan badan mereka sesuka hati. Tak tahulah macam mana nak cakap... rasanya tak sanggup nak lihat telatah mereka macam ni selalu, kasihan melihat badan mereka yang masih kecil , mudah tercedera setiap hari. Hingga kadang-kadang tidak terlayan kita dibuatnya.

Biasanya perangai ini akan berubah dan bermusim, harap-harap lah keadaan ini tidak berterusan, jika tidak tak tahu lah di mana kesilapannya.

Thursday, March 26, 2009

Letihnya

Entah malam ni terasa sangat letih, banyak juga projek tak siap lagi ni. Bila pandang kat list "plan" terasa banyak pula yang belum buat lagi..huhuhu. Akhir-akhir ni pula anak selalu buat hal..asyik nak berebut jer , nak bergaduh, terlalu manja..terutamanya si kembar ni. Susah pula nak buat keje dibuatnya. Time nak buat keje terpaksa tukar waktu malam, dah tak tidur sampai ke pagi. Waktu siang pula susah sangat nak tidur..almaklumlah anak-anak ni kena tengok juga.Terpaksa lah kena tunggu time diorang tidur, dapat lah tumpang sekaki. Memang letih ... tapi kenalah kuat semangat . Apa-apa hal pun mesti buat sampai berjaya. Usia dah semakin meningkat ni sekurang-kurangnya biarlah ada kerjaya. Walaupun tidak membanggakan orang lain tapi cukup untuk diri sendiri.(yerla kot)

Dah berapa lama agaknya masa aku duduk rumah yer..?? dah hampir-hampir 3 tahun. lama juga tu..alhamdulillah sekarang anak-anak dah makin membesar boleh lah aku luangkan sedikit masa untuk diri sendiri.Kata orang duk rumah banyak masa untuk rehat, masa bersama anak-anak....(Betulah tu..) cuma duk rumah terlalu lama boleh buat kita lupa apa yang berlaku kat luar.Nasib baik ada internet, walaupun slow tapi ada juga hiburan. Nak harapkan tv? pagi tv anak-anak yang punya bila malam tiba tv abah yang punya..so time kite ? menyelit lah kat mana2, mengharapkan ihsan huhuhu.. tapi sekarang dah start AF7, sabtu 9 mlm time ibu punya..tak boleh tukar..hehehe..(alah kena tukar juga coz sabtu selalu ada perlawanan bola).

Oh ya..mana nak cari info mengenai cara melayan/membesarkan anak twins ni yer..rasa macam nak cari info lah pula, terutamanya macam sekarang ni, rasanya haiqal & haqimie terlalu minta perhatian dan banyak kerenah,sifat cemburu mereka teramat lah ketara, sedangkan aiman semakin hari semakin diabaikan. memang tak adil lah, tapi..entah emosi ni macam tak stabil jer,dah lah letih buat keje, anak-anak pula banyak buat perangai nanti boleh lupa garis-garis panduan mendidik anak, kena cari guide ni. cian pula anak-anak ni, dah cemburu sesama sendiri..huhuhu

ok lah cukup dulu buat malam ni..rasa nanti lah nak sambung lagi.kalau dilayan perasaan ni sampai kepagi tak habis lagi.

Thursday, March 19, 2009

Kesilapan Ibu Bapa dalam mendidik anak - 1

yang ni some note yg aku rasa sgt penting sbg guide dlm membesarkan anak2 ku...
terasa nak share la ngan pengunjung blog ...

"KESILAPAN-KESILAPAN YANG DILAKUKAN IBU BAPA DALAM MENDIDIK ANAK"

1.KURANG BERDOA DALAM PROSES MENDIDIK ANAK.
  • Doa adalah permintaan dari hamba kepada Allah swt.
  • Ibu bapa yang kurang berdoa membentuk nilai yang rendah,sombong dan berfikiran negatif.
  • Ibu bapa harus berdoa untuk kejayaan anak
2.MEMPERKECILKAN KEBOLEHAN ANAK.
  • Setiap anak mempunyai kebolehan yang berbeza.
  • Ibu bapa harus peka dengan kebolehan anak.
  • Anak yang diperkecilkan kebolehan akan membentuk sifat diri yang pendendam, nilai diri yang rendah dan tidak mampu berdikari.
3.KURANG TEGAS DALAM MENDIDIK ANAK.
  • Ketegasan adalah penting dalam menjadual waktu kehidupan seharian.
  • Disiplin yang tegas menjadikan anak lebih menghormati keputusan yang dibuat oleh ibu bapa.Cth : waktu belajar, mengaji, tidur, riadah dan sebagainya.
4.LEBIH BANYAK MEMBERI BELAIAN NEGATIF DARI BELAIAN POSITIF.
  • Anak yang dididik dengan belaian negatif akan menjadi bersifat rendah diri dan berperasaan takut.
  • Anak memerlukan 20% belaian negatif bagi menyedarkan kesilapan mereka.
  • Ibu bapa membantu anak berazam untuk tidak melakukan perbuatan tersebut.
5.KURANG PANDAI MENJADI KAWAN KEPADA ANAK-ANAK.
  • Anak memerlukan kawan untuk bercerita, meluahkan perasaan, mengadu hal dan bermain.
  • Untuk menyelami hati nurani anak, ibu bapa harus menjadi seperti kawan mereka.
6.KURANG MEMBERIKAN SENTUHAN KEPADA SEMUA ANAK-ANAK.
  • Ibu bapa yang cemerlang sentiasa memberikan sentuhan kepada anak-anak.
  • Sentuhan yang berupa pelukan, ciuman, dan sebagainya merupakan penawar segala penyakit dan menambahka kemesraan anak kepada ibu bapa.
7.SUASANA RUMAH TANGGA YANG KURANG KONDUSIF.
  • Rumah tangga yang sentiasa porak peranda akan menyebabkan anak –anak melarikan diri dan mencari kedamaian diluar rumah.
8.MENEGUR SECARA NEGATIF.
  • Anak yang ditegur secara negatif seperti dicemuh dan dikritik akan membentuk minda yang negatif.
  • Contoh : Jika dimarahi dengan perkataan “ degil ”, “malas” akhirnya menjadi tabiat kepada anak tersebut. Perkataan itu dizahirkan melalui perbuatan.
9.KURANG MENDEDAHKAN ANAK-ANAK KEPADA MODEL-MODEL YANG CEMERLANG.
  • Model model yang cemerlang patut didedahkan kepada anak supaya nilai murni dapat ditanamkan dalam diri anak
  • Pendedahan boleh dibuat melalui pembelian buku dan bercerita. Pendedahan penting untuk membentuk keazaman yang tinggi.
10.KURANG MENGHIDUPKAN SUNAH DALAM RUMAH TANGGA.
  • Kehidupan rumah tangga Rasulullah saw adalah contoh tauladan yang baik untuk diikuti oleh umat manusia. Cth: makan, tidur,beribadat dan sebagainya.
11.MENUNJUKKAN PERSELISIHAN DI HADAPAN ANAK-ANAK.
  • Pertelingkahan dan perselisihan faham antara kedua ibu bapa tidak harus berlaku dihadapan anak. Ini menunjukan kelemahan dihadapan anak-anak.
  • Anak akan berasa kurang hormat kepada kedua ibu bapa.
12.KURANG MENGASUH ANAK MEMBUAT KERJA-KERJA RUMAH.
  • Anak perlu diasuh dan dilatih membuat kerja rumah supaya tidak timbul pentingkan diri sendiri serta tidak menghargai pekerjaan orang lain.
  • Jangan bebankan kerja yang berat. Cth basuh pinggan selepas makan.
13.MASIH MEMBIARKAN AKHLAK YANG BURUK DIDALAM RUMAH TANGGA.
  • Ibu bapa harus menghidarkan akhlak yang buruk dalam rumah tangga seperti tabiat yang tidak sesuai seperti merokok, mengumpat, berjudi , memaki hamun dan sebagainya.
  • Tabiat yang buruk itu jangan ditunjukan kepada anak-anak.

Tuesday, March 17, 2009

Alhamdulillah...
Sedar atau tidak, sudah pun hampir meninggalkan suku tahun 2009. Apa pun aku amat bersyukur ditahun baru ini dengan ekonomi yang agak lembab aku berjaya membangunkan gallery shop mutiarakasih ke domain sendiri MUTIARAKASIH SHOP. Dengan wajah baru dan tugas baru kini aku mula mengorak langkah kearah kerjaya baru sebagai seorang peniaga online. Biarpun office + kedai dirumah sendiri tetapi risiko dan tanggungjawabnya tetap sama. Dugaan dan cabaran memang sentiasa ada. Bahkan sekirnya mereka diluar sana berjalan , aku dirumah terpaksa berlari (begitulah andaiannya) kerana GOAL tetap sama, ingin berjaya dalam bidang yang diceburi.

Perkembangan anak-anak.....
Alhamdulillah semua nya kini semakin membesar dan sihat walafiat...
Huhuhu..agak lama juga aku tidak mencoretkan mengenai perkembangan anak-anak ku,bukan diketepikan tetapi banyak perkara yang perlu diutamakan, hanya sedikit masa lagi. yang aku perlukan, selepas ini insyallah, aku akan cuba untuk tidak membiarkan blog ini sepi lagi.

Teman-Teman...
Maafkan lah daku wahai teman-teman ....kesibukan ku menyebabkan aku menyepi...lepas ni kita boleh continue semula cerita-cerita perkembangan terbaru mengenai keluarga kita masing-masing...diharap pershabatan kita akan kekal selmanya